Minta Maaf, Tapi Buat Lagi. Netizen Sudah Lali!

Kuasa maaf mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan kekeluargaan, persahabatan komuniti, dan hubungan.”

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang pengasas kosmetik dalam sebuah acara hiburan di televisyen yang teruk dikecam akibat keterlanjurannya yang dikatakan menghina rupa paras dan warna kulit wajah individu. Isu ini dikatakan agak berat kerana menghina ciptaan Ilahi. Pada zaman serba moden dan canggih hari ini sepatutnya tidak timbul lagi perbandingan antara orang perseorangan. Setiap manusia itu dijadikan mempunyai keistimewaan masing-masing tanpa perlu dipersoalkan. Ada banyak cara boleh dilakukan jika ingin melakukan promosi sebarang produk yang ada kaitan dengan tubuh seseorang.

Namun yang lagi membuatkan netizen sakit hati, apabila pengasas kosmetik tersebut dikatakan telah menyatakan permohonan maaf dan mempertikaikan kenapa masih lagi ingin mesensasikan isu tersebut setelah maaf dibuat. Seorang netizen bernama Afiqa menyelar tindakan tersebut. Katanya, pengasas tersebut seringkali membuat sesuatu yang mengguris perasaan umum, selepas permohonan maaf dibuat masih berterusan membuat salah dan tidak belajar dari pengalaman sebelum.

Berbeza dengan kenyataan seorang lagi netizen bernama Rafidah. Rafidah memberitahu Donna, dia sedia memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuat kesalahan, jika individu terbabit mengaku kesalahannya. Perkataan ‘maaf’ itu sendiri menampakkan kesungguhan individu yang telah melakukan salah untuk memperbetulkan kembali silapnya.

‘Tiada manusia yang sempurna. Jika orang sudah mintak maaf, maafkan saja la daripada individu tersebut ego dan berat mulut untuk ungkap perkataan maaf sampai bila-bila.”ujar Rafidah.

Sumber Foto: stock adobe

Sebenarnya meminta maaf dan memaafkan adalah salah satu perbuatan yang berkesan untuk melupuskan apa jua konflik yang melanda. Antara maaf itu cepat diterima atau mengambil masa untuk berlalu terpulang kepada apa jua isu, perkara atau individu yang akhirnya penyudahnya membawa kegembiraan dan kebahagian. Kuasa maaf ini juga mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan kekeluargaa, persahabatan komuniti, dan hubungan. Sesiapa sahaja pasti setuju jika dikatakan apabila berlakunya konflik, ucapan maaf terasa begitu susah dan sukar untuk diterima ataupun diucapkan. Masing-masing pasti mempunyai ego tersendiri, tak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan perkataan maaf ini yang akhirnya mengeruhkan lagi situasi.

Jangan meminta maaf hanya di bibir sahaja ataupun sekadar untuk mengalihkan masalah kerana cara ini langsung tidak menyelesaikan apa-apa. Buktikan ketulusan dengan meminta maaf seikhlas hati dan segera memperbaiki diri agar masalah tidak berpanjangan. Tidak perlu mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun kebenaran walaupun anda rasa anda dipihak yang benar. Memohon maaf bukan tanda anda bersalah. Mintalah maaf dan katakan yang anda benar-benar menyesal. Dengan cara ini akan mencairkan hati individu yang terlibat untuk memaafkan anda.

Sumber Foto: videoblocks

Meminta maaf juga merupakan sebuah ungkapan yang sangat berkesan dalam meredakan kemarahan. Seperti dalam hubungan suami isteri pasti tidak terlepas daripada rasa kecil hati dan tersinggung. Segala masalah yang melanda itu akan terlerai satu persatu jika anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf. Selain berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama pasangan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam perkahwinan kerana anda telah menyelamatkannya daripada terus retak. Miliki sikap keras kepala dan ego yang tinggi bukanlah penentu seseorang itu lebih kuat. Bahkan sikap ego dan mementingkan diri sendiri jika dibiarkan berterusan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga. Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda berdua bina akan lebih harmoni. Malah komunikasi anda berdua juga akan bertambah baik dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.

Kesimpulannya, amalkan penggunaan perkataan ‘maaf” atas kesalahan ýang dilakukan atau aktiviti harian anda. Contoh seperti terlanggar seseorang, terlewat temujanji, memarahi anak tanpa sebab atau tersalah ambil barang. Dengan itu anda mungkin akan belajar daripada kesilapan sebelum ini. Ingat ya, memohon maaf bukan menandakan anda yang bersalah tetapi lebih kepada untuk menjernihkan keadaan daripada perkara buruk terus berlaku.

 

Featured Image: pepatung.com.my

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna