Mini Switzerland Di Kashmir Tempat Wajib Untuk Anda Lawati

Siapa pernah tonton filem hindustan Bajrangi Bhaijaan? Siapa yang pernah tengok filem tersebut pasti geram melihat keindahan pemandangan dalam setiap babak filem tersebut kerana view yang disajikan penuh dengan kehijauan dan salji yang membuatkan indah sahaja bila menontonnya. Eh memang feeling habis! Sekarang tak perlu lagi berangan, sebab Donna akan kongsikan tempat yang anda wajib lawati iaitu di Kashmir.

Related image

Sumber: rightwing

Zaman sekarang memang sudah menjadi kegilaan orang ramai untuk melancong ke Kashmir kerana keindahan tempatnya yang dapat menenangkan fikiran anda jika ke sana. Lokasi yang pertama yang patut anda kunjungi adalah di Srinagar kerana terdapat taman taman yang menarik antaranya Pari Mahal dan Chesam Shahi. Bagi anda yang ingin menunaikan solat tidak perlu risau kerana terdapat dua buah masjid iaitu Jamia dan Hazratbal Shrine white (mosque). 

Related image

Sumber: trivandrum

Bukan hanya menikmati pemandangan, Shiraka Ride menjadi aktiviti pilihan buat para pelancong. Wah cuba bayangkan jika anda sedang naik house boat sambil pasang lagu hindustan mesti feeling macam dalam filem hindustan tambah lagi bagi anda yang tengah jiwa kacau hiks!

Image result for gulmarg

Sumber: time of india

Bukan itu sahaja, nak cuba aktiviti yang lebih menarik adalah di Gulmarg. Di sana anda disarankan untuk pergi pada musim sejuk dan antara aktiviti anda boleh lakukan adalah skiing,gondola ride dan pony ride. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu cara bagaimana untuk uruskan aktiviti di sini kerana anda boleh mengupah leader yang berharga 600 rupee bersamaan RM30-40 per guide. Haa tengok gambar je pun dah best, tunggu apa lagi jom boleh  kumpul duit pergi Kashmir!

 

 

 

Sumber: remaja

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna