Minggu Kesedaran Stres Sedunia: Wanita Cenderung Untuk Mengalami Simptom Ini?

Aduh! Stres aku macam ni. Kalau hari-hari hadap memang boleh ada penyakit kemurungan!”

Kemurungan dan stres adalah dua simptom yang berbeza tapi sebelum individu itu mengalami masalah kemurungan, dia akan melalui fasa stres dahulu. Itu yang bahayanya bila kita gagal mengawal tahap stres, takut menjadi kemurungan. Seperkara lagi,  jangan sesuka hati melabelkan diri sendiri mengalami kemurungan sebelum mendapat pengesahan dari pakar kerana ia adalah isu sensitif.

Apa yang membuatkan kami ingin membuka topik tentang isu stres ini kerana minggu ini iaitu 4 sehingga 8 November adalah minggu kesedaran stres sedunia. Nampak tak, stres ni tak boleh dipandang enteng sampaikan selama 4 hari minggu kesedaran ini dijalankan.

Sumber: twitter KKM

Menurut salah satu kajian pada tahun lepas, tekanan merupakan isu yang kerap berlaku kepada wanita bekerja berpunca dari faktor-faktor seperti bebanan tugas, masalah kesihatan, kewangan, penjagaan anak-anak, hubungan sosial, hubungan dengan suami, mertua, ipar duai, pengurusan masa dan penjagaan kendiri.

Sementara itu, pada tahun pertengahan 2019 pula, satu kajian menunjukkan isu stres di tempat kerja secara keseluruhannya peratusan lelaki dan perempuan sama saja. Malah, kedua-dua kelompok ini menyatakan respon yang lebih kurang sama walaupun wanita lebih cenderung untuk beremosi soal rakan sekerja.

Kementerian Kesihata Malaysia (KKM) turut mengeluarkan senarai punca berlakunya stres di tempat kerja. Antaranya adalah disebabkan….

  1. Tidak mahir dgn kerja.
  2. Hasil kerja tidak dihargai.
  3. Persekitaran tidak selesa.
  4. Tiada keseronokan bekerja.
  5. Selalu dimarahi tanpa sebab.
  6. Rakan sekerja tak membantu.
  7. Beban kerja berlebihan.
  8. Menangguh kerja.

Suara netizen…

Tidak cukup dengan itu, netizen di media sosial turut menambah senarai penyebab stres. Lihat senarai berikut, adakah anda juga rasa benda yang sama?

Hm, banyak juga faktor stres di tempat kerja. Itu secara umum tapi cuba kita lihat peratusan lebih spesifik yang dilakukan oleh kaji selidik LinkedIn Learning dimana menunjukkan golongan Gen X (1960-1980) paling tinggi. Mungkin disebabkan faktor komitmen dan tanggungjawab besar yang ditanggung.

Sumber: majalahlabur

Walaupun simptom stres kehadirannya tak boleh dijangka dan ada-kalanya kita tak sedar yang kita sedang mengalami stres tapi kita sendiri boleh mengatasinya dengan cara melakukan perkara yang kita minat dan bergaul dengan kawan-kawan yang positif.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: Perkara Yang Boleh Mengurangkan Stres Di Tempat Kerja , 4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dapat Mengurangkan Tekanan

 

 

 

 

Sumber: twitter KKM

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna