Miliki Dadah & Pistol, Wanita Thailand Ditangkap!

Hampir setiap minggu kita disajikan dengan masalah dari warga asing dengan kes yang hampir sama. Mabuk dan langgar atau menunggang motorsikal tapi tidak memiliki lesen.

Sampai bila isu ini dapat diselesaikan pun tidak pasti namun kerajaan telah mengambil langkah dengan mengetatkan kemasukkan warga asing melalui pintu masuk sempadan perairan yang sering digunakan sebagai ‘jalan tikus’.

Wanita warga asing buat hal…

Terbaru, berita dari Harian Metro melaporkan dua wanita warga Thailand ditahan polis kerana memiliki dadah dan pistol tiruan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Hasil serbuan yang dijalankan jam 6.45 petang oleh sepasukan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, wanita berusia 23 dan 36 tahun telah berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, mereka ditahan bersama dadah jenis methaphetamin, tiga pistol tiruan, tiga kelopak peluru dan satu kotak berisi peluru.

Sumber: ihsandaripolis

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa pistol tiruan berkenaan adalah milik teman lelakinya yang dikenali sebagai Delvin yang kini sudah menghilangkan diri.

“Polis kini sedang giat mengumpul maklumat bagi mengesan Delvin. Ujian air kencing mendapati hanya seorang daripada suspek positif dadah dan kedua-duanya tiada rekod jenayah lampau.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Delvin diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis di talian 03-22979222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Harap selesai penangkapan berlaku, polis memberi hukuman setimpal untuk diberikan pengajaran kemudian, menghantar mereka ke negara asal supaya tidak lagi datang ke Malaysia lagi.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ingin Kurus Dengan Mudah Punca Ramai Wanita Ambil Dadah?

Warga Asing Mabuk & Langgar Gadis Sampai Maut

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna