Michael Buble Tinggalkan Dunia Seni Demi Anak?

Kira-kira 2 tahun yang lalu, Michael Buble dan isterinya, Luisana Lopitalo telah dilanda kesedihan apabila mengetahui anak lelaki mereka, Noah yang berusia tiga tahun ketika itu disahkan menghidap kanser.”

Penyanyi kelahiran Kanada Michael Buble, yang pernah memenangi 4 anugerah di Grammys Award, menolak laporan yang mengejutkan dunia hiburan antarabangsa dan juga peminat di Malaysia bahawa dia akan bersara daripada dunia muzik.

Sumber Foto: Instagram Michael Buble 

 

Melalui portal Dailymail, ketika ditemui pada pelancaran album tebarunya ‘Love’ yang bakal dikeluarkan pada November nanti, Michael Buble, berkata laporan sebelum ini tidak benar. Dia hanya menangguhkan sementara kerjaya seninya demi anak kesayangannya Noah yang menghidap kanser hati. Penyanyi berusia 43 tahun tersebut turut mengeluarkan single terbaharunya, ‘Love You Anymore’ ditulis Charlie Puth mengenai kisah hidupnya.

Buble yang mempunyai 1.9 juta pengikut di Instagramnya, @michaelbuble pada November 2016 lalu mengumumkan, anak sulungnya Noah berusia tiga tahun ketika itu (kini berusi 5 tahun), didiagnosis dengan kanser dan sedang menjalani rawatan. Ramai yang bersedih dan bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga selebriti ini.

“Apabila anda mengalami sesuatu seperti yang dialami keluarga saya, ia pasti akan mengubah kehidupan anda. Anda pasti tidak punya banyak masa untuk risau apa yang orang lain fikir mengenai anda. Hidup terlalu singkat untuk bimbang dengan kata-kata orang lain. Saya fikir perkara penting sekarang ini adalah untuk bebas dan mencari kebahagiaan. Saya juga perlu fikirkan bagaimana untuk melakukannya, bagaimana merealisasikannya dan apa yang diperlukan. Saya tidak bersedia jika kegembiraan saya ditarik,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Sumber Foto: Instagram Michael Buble 

Penyanyi itu meluahkan perasaannya dalam Facebook tetapi tidak memberi maklumat lanjut tentang jenis kan­ser yang dihidapi anaknya. Dia hanya memaklumkan isterinya buat seketika akan memberi tumpuan kepada Noah bagi memastikan kesihatan anaknya terjaga. Dalam tempoh yang sukar itu dia berharap para peminat mendoakan mereka dan menghormati masa peri­badinya. Buble dan Lopilato mempunyai seorang lagi anak lelaki, Elias yang berusia sembilan bulan.

 

 

Sumber Artikal & Featured Image: Dailymail 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna