Mia Ahmad Meroyan Ketika Masih Dalam Pantang?

Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil.”

Mia Ahmad baru dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu. Namun entri di laman sosial Mia Ahmad hangat diperkatakan, sejak beberapa hari lalu. Tidak cukup itu, dia turut memadamkan semua foto suami tersayang, Mohd Izham Tarmizi Roslan memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bermasalah. Menerusi sumber BH Online, Mia memberitahu tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.

Sumber Foto: Instagram Mia Ahmad

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini. Terpulanglah. Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.

Sumber Foto: beautifulnara.com

Sementara itu, Izham mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya. Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya. Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini. Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak.

 

FAHAMI EMOSI IBU LEPAS BERSALIN!

Sumber Foto: 123rf.com

Ramai ibu baru mengalami perasaan tidak stabil selepas melahirkan bayi. Oleh itu mereka sangat memerlukan sokongan yang sangat kuat oleh pasangan dan orang sekeliling. Emosi kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak selalunya tidak baik. Segala masalah tidak kira kecil atau besar akan menyebabkan mereka rasa terbeban, sedih, marah dan kadangkala seperti tidak berguna. Tetapi kebanyakan perasaan ini tidak berkekalan dan masih dapat ditangani jika diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga turut sama membantu.

Antara masalah yang mengganggu wanita lepas bersalin:

  • Postpartum Blues atau bersedih selepas kelahiran – lazim berlaku kepada ramai ibu- ibu baru. Kebiasaannya, masalah ini tidak berkekalan dan kembali normal dalam masa dua minggu. Keluhan yang dialami turun naik, kadangkala menangis secara spontan dan juga rasa cemas serta ketakutan.
  • Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran (Postpartum Depression) – teruk sedikit dari kesedihan selepas bersalin. Ibu-ibu ini mungkin menangis tanpa sebab, tidak mampu bergembira walaupun dengan kehadiran bayi, tidak boleh tidur, keletihan, kurang selera makan, dan mungkin mempunyai fikiran untuk membunuh diri. Paling membimbangkan adalah kemungkinan hadirnya perasaan negatif serta ingin mencederakan bayinya, menyebabkan kegagalan ibu dalam penjagaan anak serta dirinya sendiri.
  • Psikosis selepas kelahiran atau meroyan (Postpartum Psychosis) – masalah jiwa yang serius dialami sesetengah ibu selepas bersalin. Ibu-ibu ini mungkin tiba-tiba mempunyai perasaan gembira serta bersedihan secara berulang-ulang. Mereka juga mungkin mempunyai halusinasi penglihatan serta pendengaran yang boleh membahayakan nyawa ibu serta bayi yang baru dilahirkan. Kadangkala ibu-ibu dengan masalah ini akan mempunyai delusi yang mengaitkan bayi dengan sesuatu yang tidak masuk akal, seperti bayi itu jelmaan syaitan dan sebagainya. Ibu-ibu yang menghidapi penyakit ini boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian bayi serta dirinya sendiri.

 

 

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia bharian

Featured Image: bharian

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna