Mesej Lee Chong Wei Buat Ramai Rakyat Malaysia Sebak

Tanggal 31 bulan 8, 57 hari yang mulia, hari bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka…”

Itulah barisan lirik lagu Tanggal 31 yang dinyanyikan oleh legenda tanah air kita, Sudirman. Lagu ini akan meniti di bibir orang ramai untuk menyambut Hari Kemerdekaan tidak kira cina, india mahupun melayu.

Namun, di sebalik kebanggaan rakyat Malaysia dengan sambutan kemerdekaan kali ini, salah seorang atlet badminton kebangsaan Malaysia, Lee Chong Wei telah meluahkan rasa hatinya menerusia akaun Facebooknya tentang sesetengah sikap rakyat Malaysia yang mengecewakan dirinya.

Dari apa yang ditulisnya, beliau rasa kesal dengan sesetengah sikap rakyat Malaysia di mana terdiri daripada peminat dan rakannya sendiri yang menghamburkan kata-kata nista dan kesat di media sosial disebabkan isu remeh sehingga melibatkan perkauman yang mungkin boleh merosakkan perpaduan.

Melihatkan isu yang meresahkan itu, jaguh badminton negara itu mengimbas kisah pahit manis perjuangannya semasa menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2006 dan mahu rakyat Malaysia menilai erti di sebaliknya. Dia turut berkongsi keadaan kanak-kanak yang bersemangat dan cemas ketika dia di gelanggang.

“Saya yakin rakyat Malaysia jauh lebih bagus dari daripada ini. Jadi, jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong, Khat memisahkan kita. Jangan biarkan orang kecil menyebarkan kebencian perkauman membuatkan kita kalah. Jangan biarkan orang luar mencucuk hidung kita hingga hilang kewarasan kita. Jangan biarkan anasir jahat (Cina, India dan Melayu) mengalahkan negara dan rakyat kita,”

Tambahnya lagi, dia juga yakin bahawa rakyat Malaysia jauh lebih teguh dari apa yang dilihat sekarang ini dan inginkan anak cucunya mempunyai rakan dari semua bangsa serta merasakan selamat berada di Malaysia. Dia turut menulis mesej yang mendalam kepada rakyat Malaysia.

“Sebarkan kasih sayang bukan kebencian! Selamat hari merdeka Malaysia, tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaan kepada raja dan negara,”

Rentetan daripada itu, ramai rakyat Malaysia yang memberi respon kepada mesej Lee Chong Wei. Rata-rata menyokong dan merasakan sebak apa yang diluahkan oleh permain badminton legenda.

Apakah kita ingin mensia-siakan apa yang telah diperjuangkan oleh pemimpin dan rakyat Malasysia yang terdahulu? Ingatlah, bukan mudah nak dapatkan kemerdekaan dan duduk dalam negara yang aman yang dipenuhi dengan pelbagai kaum. Jagalah keamanan negara yang telah kita kecapi.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: ‘‘Saya Tak Nak Pentingkan Diri’ Luahan Hati Lee Chong Wei Buat Ramai Sebak 74% Remaja Malaysia Alami Obesiti Kerana Tak Bersarapan?

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna