Meriahnya Kaw Kaw Day! Bukan Setakat ‘Shopping’ Je Siap Ada Demo Masakan Sekali

Cuti hujung minggu dah pun berlalu, haa.. anda semua berpeluang tak berkunjung ke My Town Cheras bersama keluarga sempena dengan Kaw Kaw Day? Bagi yang tak berkesempatan untuk ke sana, jangan bersedih sebab Donna akan kongsikan kepada anda semua antara aktiviti menarik yang terdapat di sana, mana tahu lepas ni ada next upcoming event so anda boleh la get ready!

Untuk pengetahuan anda program ini telah berlangsung selama 12 jam bermula 10 pagi hingga 10 malam yang menggabungkan 20 usahawan dan 6 buah food truck di bawah satu bumbung. Memang meriah habis sebab di sana, penyampai radio Hot FM dan Kool FM pun turun padang sekali.

It’s so tempting! Buat penggemar dessert dan kek, anda pasti teruja dengan pilihan menarik daripada Falla’s Kitchen.

Eh dekat sana bukan setakat boleh cuci mata untuk shopping pakaian dan barang makeup sahaja tau,  tapi yang lagi bestnya buat mak-mak di luar sana pihak Delima Oil Products telah  mengadakan pelancaran minyak masak Adela Gold dan menampilkan cef selebriti terkenal iaitu Zeniq Chen untuk melakukan demo masakan. Siap ada bakar-bakar dekat atas stage tu, team Donna apa lagi siap saja hidangan memang tak lepaskan peluang untuk rasa sendiri air tangan daripada Chef Zeniq haih memang kecur liur dibuatnya.

Sepanjang event ni berlangsung, para pengunjung juga dapat beramah mesra dengan penyampai radio dari Kool FM dan Hot FM, yelah sebelum ni hanya suara yang kita dengar di radio kan? Memang best sebab mereka berpeluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi hari Kaw Kaw Day bersama dengan pengunjung.

Jadi buat anda yang tidak dapat hadir, tak apa kita tunggu next event okay!

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Awak Nak Lari Saya Akan Bunuh Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hitam Dipukul Suami Selama 20 Tahun

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna