Meriahkan Sambutan Hari Lahir Si Kecil Ketika Pandemik Dengan 6 Idea Menarik Ini!

Sambutan hari lahir atau birthday celebration untuk si kecil boleh diibaratkan sebagai satu perkara yang agak besar dan penting untuk mereka. Bukan apa,  sama seperti kita ketika masih kecil dulu disambut dengan begitu meriah lagi dan telah pun menjadi satu kenangan yang mengukir senyuman apabila teringat.

Sering kali kita melihat sambutan hari lahir si manja biasanya akan diraikan dengan menjemput rakan-rakan keluarga, sedara mara rapat dan rakan-rakan rapat si manja. Meriahlah sikitkan?

Keadaan kediaman pula dihiaskan dengan pelbagai jenis decoration yang bersesuaian dengan umur si kecil barulah anak itu teruja dengan keseronokkan!

Walau bagaimanapun, disebabkan COVID-19 ini banyak perkara yang harus kita ubah. Seperti mana yang kita semua alami sendiri, mustahillah sudah untuk kedua ibu bapa menjemput rakan-rakan si kecil untuk memeriahkan sambutan hari lahir.

Oleh itu Donna nak kongsikan 6 tips bagaimana untuk menyambut hari lahir si manja dalam waktu PKP atau PKPP ini.

Pilih Ruang Yang Sesuai

Yang pertama sekali, parents harus buat pilihan untuk menentukan ruang yang sesuai untuk you guys mulakan decorations. Sebagai contoh, boleh pilih bilik tidur si manja atau bilik tidur. Jika risau akan ruang bilik kemungkinan sempit dan sebagainya, mungkin boleh untuk menggunakan ruangan luar rumah atau gunakan saja ruang tamu!

Foto: Curbed LA

Hiasi Ruang Dengan Belon

Seperti mana ramai yang kita tahu, kids love balloons! Jadi, pastikan ruangan penuh dengan pelbagai jenis belon yang colourful. Bagi yang mampu, cuba dapatkan belon helium or you guys boleh gunakan belon biasa letakkan sedikit duct tape dan tampalkan pada siling. Bila si manja tu lihat, mesti suka!

Foto:Amazon Canada

Gunakan Teknologi

Mengikut zaman sekarang yang canggih dengan teknologi ni, hampir semua sudah memiliki telefon pintar dan komputer riba. Being a smart parents, anda buatlah perancangan untuk melakukan panggilan video kepada rakan-rakan si manja! Pastikan anda maklumkan kepada ibu bapa atau penjaga rakan-rakan si manja terlebih dahulu ya.

Foto:payetteforward

Baca: 4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Treasure Hunt

Apa kata anda up sikit game memberi hadiah kepada si manja. Seperti konsep hide & seek, anda sorokkan hadiah yang sudah disediakan itu dalam beberapa tempat dan suruh saja si manja cari! Ingat bukan hide & clap macam dalam filem seram The.  Conjuring 2 tu ya!

via GIPHY

Slumber Party

Okay untuk yang ini pula, anda bina lah satu tempat yang berlapikkan tilam yang selesa dan banyak bantal serta soft toys! Sediakan permainan yang menarik si manja dan anda juga boleh memasang filem kegemaran si manja seperti Frozen, Ejen Ali dan macam-macam lagi. Kalau boleh nyanyi sekali!

via GIPHY

 

Hasilkan Hidangan Yang Menarik

Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada si manja, apa kata anda hidangkan jenis makanan kegemaran adik kecil itu. Jika ada yang di antara anda pandai membuatkan menghias kek, gunakan skill anda!

via GIPHY

Donna mengerti dan sebenarnya kasihan dengan kanak-kanak yang terpaksa membesar dalam keadaan yang terhad diwaktu penularan wabak Covid-19 ini. Namun, ini juga demi menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga juga.

Selamat Mencuba!

 

 

 

Baca juga:

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

 

 

 

 

 

Sumber:HelloDoktor

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna