Meriahkan Raya PKPB Ni Dengan Hantar Kad Raya Guna E-Card Stylo

Setiap tahun, kad dan ucapan raya menerusi Whatsapp sering kali bertukar sesama kawan dan saudara.  Sampaikan ada yang gigih update video ringkas di media sosial dengan berlatar belakangkan kemeriahan raya dengan lampu ketupat berkelip-kelip. Maklumlah, meraikan kejayaan selepas berjaya berpuasa pada bulan Ramadan.

Berbeza pada tahun ini, mungkin vibe raya dah kurang disebabkan penularan wabak berbahaya, COVID-19. Lebih menyedihkan lagi, apabila kerajaan mengeluarkan arahan sesiapa pun tidak dibenarkan pulang ke kampung, aktiviti kunjung mengunjung pun tak boleh dan menziarah kubur pun tak dibenarkan. Sedihnya!

Sumber: donna

E-card raya Donna…

Walhal setiap tahun perayaan Hari Raya Aidilfitri lah yang dinantikan tapi bila dah kena duduk rumah je, terpaksalah cari jalan lain untuk memeriahkan raya ‘berkurung’ di rumah. Apa yang kami boleh cadangkan adalah

  1. Tangkap gambar bersama kawan serumah atau dengan keluarga bagi yang duduk dengan keluarga atau bergambar swafoto dengan baju kurung, make up yang cantik.
  2. Pastikan posing meletakkan tapak tangan di bahagian dada sebagai tanda kita mengamalkan normal baru dalam menghormati sesama kita.
  3. Letakkan gambar pada e-card raya dari Donna dan hantarkan kepada kesemua rakan dan keluarga anda bersama teks ucapan ringkas.

Ha, tiga langkah mudah ni sudah buatkan vibe raya you guys meriah! Tapi, mana nak dapat template e-card raya Donna ni? Klik je dekat sini untuk muat turun. Kalau dah buat tu, jangan lupa tag kami ye!

Instagram/Twitter/Facebook: @thedonnamy

Anda boleh juga download e-card raya di bawah ini:

Lihatlah mereka yang dah buat e-card raya dari kami…

Semuanya cantik-cantik walaupun beraya hanya di rumah sendiri. Lagipun bukankah kita disunatkan untuk memakai pakaian cantik dan wangi-wangian pada hari raya pertama nanti?

Alang-alang tu bergambarlah untuk e-kad raya kami, ihiks!

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Perdana Menteri Menjawab Persoalan Rakyat Mengapa BPN Fasa Kedua Gagal

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna