Meriah! Pelajar Jepun Menari & Menyanyi Lagu Rasa Sayang Bersama Tun M

Rasanya tak perlu lagi kami huraikan siapa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atau lebih mesra disapa dengan nama Tun. Satu nama yang memberi kesan besar kepada negara Malaysia. Mana tidaknya, dua kali beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Fuh! Hebat pengaruh Tun ni.

Lebih membanggakan lagi, baru-baru ini beliau menerima Honorary Doctorate Degree dari International University of Japan ketika kunjungan beliau ke Fukuoka, Jepun. Tahniah Tun!

Dalam pada masa yang sama, beliau juga menghadirkan diri di salah sebuah institusi pembelajaran di Jepun iaitu Japan Future Leaders School. Menerusi Instastory beliau, kunjungan beliau ini dijemput sejak tahun 2004 lagi untuk memberi penerangan tentang kempimpinan yang baik serta keamanan dunia.

Lagu Rasa Sayang!

Apa yang menarik perhatian kami lagi, cara sambutan kedatangan Tun dari pelajar sekolah tersebut sangat meriah walaupun penuh dengan protokol. Lihat sajalah video di bawah, lebih kurang 100 orang pelajar menyanyikan lagu Rasa Sayang di hadapan Tun bersama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah.

Malah, mereka turut meminta Tun dan Tun Hasmah menari sekali bersama mereka. Meriah! Untunglah pelajar Jepun tu, kami rakyat Malaysia ni pun belum tentu boleh dapat.

Negara luar pun menghargai Tun, bangga betul jadi rakyat Malaysia ni. Semoga Tun diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga keamanan Malaysia.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Hanya Satu Harapan Tun Dr Mahathir Sempena Hari Jadi ke 94! , #MalaysiaBaru Dalam Setahun Kepimpinannya, Tun M Diiktiraf Tokoh Dunia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna