Meriah Betul! Video Frontliner Menari Hindustan Dengan Pesakit Jadi Perhatian

Bukan mudah menerima hakikat jika anda dijangkiti penyakit berbahaya seperti COVID-19 yang telah mengorbankan beratus ribu nyawa di seluruh dunia. Ramai juga yang down, apalagi yang tak tahu bagaimana mereka boleh dijangkiti.

Selain daripada mengubati fizikal pesakit, petugas barisan hadapan tentunya lebih mulia kerana turut sama memastikan emosi pesakit dalam keadaan baik. Viral di laman sosial video frontliner dan pesakit COVID-19 di Singapore Expo yang menari bersama-sama semasa mengadakan sesi riadah.

BACA: Mat Salleh Ni Puji Malaysia Lagi!

Dalam video berdurasi kurang seminit itu memaparkan petugas barisan hadapan lengkap menyarungkan pakaian PPE menari bersama-sama pesakit COVID-19 diiringi lagu Hindustan. Amboi meriah betul, tengoklah sendiri!

Dapatlah kita lihat betapa bahagianya mereka melakukan pergerakan sambil diikuti oleh pesakit  yang juga pekerja warga asing di dalam dewan itu.

Katanya, aktiviti itu boleh menaikkan semangat pesakit dan membantu mereka untuk kembali aktif semasa dalam tempoh rawatan.

Sumber: www.straitstimes.com

Sesi senaman beramai-ramai itu akan berlangsung sekitar lima minit dan dijalankan selama dua kali sehari. Seronok betul tengok cara mereka melawan virus ini dengan cara yang positif. Semoga semuanya dikurniakan kesembuhan dan dapat bekerja seperti biasa.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna