Meriah! Ain Edruce Masih Kekalkan Adat Melayu Sepanjang Majlis Perkahwinan

Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan jumaat lepas juga hari bahagia buat pelakon dan pengacara Ain Edruce kerana dirinya sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada jam 9.11 malam di Quill City Mall.

Tapi apa yang menarik perhatian kami adalah sepanjang majlis pelakon berusia 27 tahun ini dipenuhi dengan adat melayu yang mengikut turutan seperti majlis perkahwinan dahulu-kala. Sangat meriah! Bagus Ain masih mengekalkan adat melayu.

Jom tengok sepanjang perkahwinan Ain daripada majlis tunang sampai sanding.

Majlis merisik…

Majlis merisik adalah majlis di mana bakal pengantin perempuan dirisik oleh bakal pengantin sebelah lelaki sama ada untuk mengetahui empunya badan dan keluarga menerima atau pun tidak. Jika bersetuju, mereka terus berbincang tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis seterusnya.

Majlis tunang…

Selepas sudah mendapat persetujuan daripada keluarga dua blah pihak, kedua-kedua bakal pengantin lelaki dan perempuan berjumpa tanda hubungan mereka sudah direstui. Cincin disarung tanda bakal pengantin perempuan sudah menjadi milik seseorang.

Majlis malam berinai…

Majlis di mana pengantin perempuan  memakai inai jari tangan dan kaki malam sebelum majlis nikah. Selalunya bakal pengantin perempuan akan buat bersama kawan rapat atau ahli keluarga.

Majlis mandi bunga…

Majlis mandi bunga diadakan untuk menaikkan lagi seri pengantin malam sebelum majlis nikah dan sanding berlangsung. Selalunya bakal pengantin perempuan dimandikan oleh ahli keluarga saja. Tengoklah tu, seronok Ain selepas dimandikan, ihiks!

Majlis nikah…

Mengikat tali pernikahan adalah paling wajib dalam tuntutan agama Islam untuk pasangan yang sudah bersedia untuk hidup bersama.  Jam 9.11 malam bersamaan 13 Disember pengacara berbakat ini sudah sah bergelar menjadi seorang isteri dengan sekali lafaz.

Meriahnya! Bukan apa, tak ramai sekarang ni yang buat majlis penuh adat. Bila sekali-sekala kita tengok, seronokkan? Semoga Ain dan pasangan kekal bahagia sampai tua.

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bila Dah Cecah 3 Siri, 10 Rutin Ni Wajib Buat Setiap Hari

Ini Tanda Suami Masih Sayangkan Anda Lagi Setelah Bertahun Kahwin, No. 2 Tu Paling Penting!

 

 

 

 

 

 

Sumber: ig ain edruce

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna