“Mereka Tak Minta Dijangkiti..” – Ramai Pandang Serong Dengan Bekas & Pesakit COVID-19

Who knows, 2020 adalah tahun yang akan menjadi sejarah hitam bagi seluruh dunia kerana penularan wabak berbahaya, Koronavirus (COVID-19) di luar kawalan.

Tambah pula, wabak ini mudah dijangkiti melalui titisan cecair atau ‘droplet’ yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk. Bukan bawaan udara atau ‘airborne’.

via GIPHY

Tak ada siapa nak dijangkiti COVID-19

Siapa yang dijangkiti wabak ini, mereka hanya ada dua pilihan iaitu sembuh atau jika ia melarat nyawa anda terancam kerana buat masa sekarang, wabak ini tiada penawar. Namun, ia bergantung pada imunisasi individu.

Sudah pasti, tiada siapa yang ingin minta dijangkiti virus yang tiada penawar. Sayangnya, ada sesetengah beranggapan mereka yang dijangkiti COVID-19 akan memberi impak buruk pada masyarakat setempat sehinggakan mereka dipinggirkan dan dipandang serong kerana pembawa virus berbahaya.

Sumber: mstar

Penjelasan dari pihak KKM

Isu ini mungkin belum ada dalam kalangan rakyat Malaysia tapi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu memberi kesedaran pada orang ramai tentang stigma masyarakat terhadap bekas pesakit COVID-19.

Menerusi posting facebook KKM, mereka menyatakan empat perbuatan yang perlu masyarakat elakkan bila berhadapan dengan bekas pesakit COVID-19. Antaranya adalah…

Janganlah kecam atau meminggirkan mereka hanya kerana mereka pernah dijangkiti penyakit berjangkit ini. Jadi berhati-hati bila berbicara atau bertindak. Tiada siapa yang meminta untuk dijangkiti dan ini adalah ujian masing-masing.

Apa pun, berilah sokongan dengan mengikut arahan yang dikeluarkan dan berdoalah agar Malaysia serta seluruh dunia pulih dari COVID-19. Jangan tambahkan bebanan banyak pihak.

Stay safe!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Usaha Keras! Doktor Ketuk Pintu Rumah Warga Asing Untuk Saringan COVID-19

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna