Mereciknya Jika Dapat Punggung Mantap Persis JLO

Sepejal mana pun punggung seseorang wanita itu, pasti akan turut berubah seperti mengecut, melorot dan kendur jika tidak dijaga dengan baik, lagi-lagi bila sudah beranak-pinak.”

Bahagian punggung cukup penting dalam menampilkan bentuk badan menawan terutama bagi seorang wanita. Punggung bulat yang penuh pasti membuat mata lelaki tidak akan berpaling walau berapa pun umur anda. Ada yang kata, punggung besar dan bulat memudahkan seseorang wanita untuk bersalin dan mantap ketika melakukan seks bersama pasangan. Betul ke? Justeru, ramai beranggapan semakin cantik punggung semakin menarik tubuh badan seseorang wanita tersebut. Seiring dengan perjalanan masa dan peningkatan usia, secantik dan sepejal mana pun punggung seseorang wanita itu, ianya pasti akan turut berubah seperti mengecut, melorot dan kendur jika tidak dijaga dengan baik, lagi-lagi bila sudah beranak-pinak. Namun jangan panik! Bagi mendapatkan punggung yang cantik dan seksi, sebaik-baiknya amalkan beberapa tip ini setiap hari secara konsisten agar punggung sentiasa menarik. Kan best kalau ada yang memuji lagi-lagi pasangan sendiri bahawa anda pandai menjaga aset di bahagian yang paling belakang itu.

DAPATKAN PUNGGUNG CANTIK SEMUDAH 123!

Sumber Foto: pl.aliexpress.com

  • Tabiat duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung. Jika kerja anda memerlukan anda untuk duduk, jangan lupa untuk bangun setiap sejam sekali.
  • Amalkan menggunakan tangga ketika naik ke aras atas.
  • Untuk dapatkan bentuk punggung yang cantik dan pejal lakukan aktiviti berbasikal dan berenang dengan kerap.
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap agar dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untuk untuk membakar kalori setiap hari.
  • Kurangkan pengambilan makanan terlampau pedas kerana ia akan membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk.
  • Elakkan memakai seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung. Ia memang akan membuatkan punggung nampak menonjol tetapi sebenarnya menjadi penyebab bentuk punggung leper.
  • Mulakan program 10,000 langkah sehari dengan berjalan kaki.

 

SENAMAN CANTIKKAN PUNGGUNG

Sumber Foto: 123rf.com

5 Senaman ini sangat bagus untuk pinggul, paha dan punggung. Anda boleh lakukan sekerap yang mungkin agar pungung pejal dan montok.

 

  • Squat – Berdiri dengan kaki terbuka, lalu secara perlahan turunkan pinggul anda. Ulang sebanyak 8 kali.

Sumber Foto: self.com

 

  • Lunges – Jauhkan kaki sejajar satu sama lain. Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, lalu perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan lalu kembali ke posisi semula. Ulang sebanyak 8 kali.

Sumber Foto: oxygenmag.com

 

  • Step-Up – Gunakan pijakan seperti tangga. Langkahkan satu kaki ke pijakan dan turunkan ke posisi semula, lalu ganti kaki yang lainnya dan turunkan. Tingkatkan kecepatan secara bertahap. Lakukan sekerap 8 kali ulangan.

Sumber Foto: gethealthyu.com

 

  • Glute Bridges – Pada posisi baring terlentang, bengkokkan kedua lutut dan pastikan telapak kaki ke lantai dan jarakkan sedikit. Angkat tulang belakang anda dari lantai ke atas secara perlahan sambil mengencangkan faraj dan paha belakang. Lalu kembali ke posisi semula. Lakukan sebanyak 8 kali ulangan.

Sumber Foto: redefiningstrength.com

 

  • Leg Extension – Gunakan pemberat ikut tahap kemampuan masing-masing. Dapatkan bantuan daripada jurulatih yang bertugas untuk membantu anda mengendalikan mesin senaman jika anda dalam kesukaran.

 

Sumber Foto: fitnessfactoryoutlet.com

 

 

 

 

Sumber: pinkylaptop

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna