Merebak Ke 18 Negara, Koronavirus Cetus Kecemasan Global-WHO

Angka terkini pesakit yang positif Koronavirus di Malaysia adalah seramai 8 orang dengan semuanya berasal dari Wuhan. Kalau kita lihat sekarang pun ramai yang menggunakan topeng muka ketika berada di kawasan awam kerana risau akan virus yang boleh disebarkan hanya dengan udara.

Bukan Malaysia sahaja yang menerima ancaman, dan disebabkan itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengumumkan koronavirus yang mengakibatkan kematian 213 orang di China sebagai kecemasan global apabila ia telah merebak ke 18 negara. Setakat waktu ini, jumlah kes yang direkodkan secara keseluruhan adalah sebanyak 9,833 di seluruh dunia.

Sebahagian besar daripada lebih 7,800 kes dikesan di peringkat global, menurut data terbaru WHO, di mana virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandaraya Wuhan.

Namun, 100 kes telah muncul di negara lain, menyebabkan sekatan perjalanan, penularan sentimen anti-China di beberapa tempat dan peningkatan permintaan terhadap topeng muka.

Di wilayah Hubei iaitu ibunegeri Wuhan, kira-kira 60 juta orang tinggal dalam kuarantin apabila China berusaha membendung penularan coronavirus.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu sidang akhbar di Geneva memuji tindak balas China, tetapi berkata, WHO bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber untuk menanganinya.

“Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya. – REUTERS

 

Artikel berkaitan:

7 Orang Positif Koronavirus Di Malaysia. Hati-Hati Dengan ‘Silent-Infection’!-Doktor Pakar

Kini 4 Mangsa Jangkitan Koronavirus Di Malaysia Dari Wuhan!

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna