Merancang Parti Hari Jadi Si Manja Yang Ringkas Tapi Meriah

Bila sebut saja parti hari jadi, pasti anda memikirkan kos untuk menjayakan parti tersebut. Mulanya rancang parti sederhana, tapi bila fikir makanan, kek, perhiasan dan juga pakaian je dah makan harga ratusan ringgit. Lebih-lebih lagi jika tetamu yang dijemput dalam kuantiti yang banyak! Lagilah banyak kos yang digunakan!

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, Donna ada rahsianya! Baca ini;

Minta si manja menjemput kawannya yang rapat

Sumber: pexels

Tidak perlu menjemput ramai kawan-kawan anak anda. Minta si manja menjemput rakannya yang rapat saja. Dalam 5-15 orang saja. Percayalah, bilangan ini sudah cukup membuat parti hari jadi anak anda meriah dengan telatah mereka.

Aktiviti yang ringkas

Sumber: pexels

Untuk tidak kelihatan hambar ketika sambutan hari jadi anak anda, lakukan 2 atau 3 aktiviti yang buat mereka seronok. Minta si manja memberikan idea yang menarik bersama dia dan rakannya untuk bermain ketika berlangsungnya parti hari jadinya.

Biarkan mereka bermain pada satu kawasan supaya mereka dapat meluangkan masa bersama dengan lebih privasi. Sebolehnya, anda jangan berada di tempat mereka bermain kerana ia akan mewujudkan suasana yang awkward serta pergerakkan mereka akan terbatas.

Kadang-kadang biarkan mereka lakukan apa saja yang mampu membuat mereka seronok.

Merancang bersama si manja

Sumber: pexels

Ajak si manja duduk satu meja dengan anda dan minta dia merancang sendiri siapakah yang akan hadir, apa aktiviti yang akan di lakukan dan menu apa untuk rakan-rakannya.

Mungkin dengan mengetahui makanan kegemaran rakan si manja, anda boleh menjimatkan kos dari segi hidangan. Tak perlu hidang pelbagai makanan, cukup sekadar makanan kegemaran mereka.

 

 

 

Sumber: explore parents

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna