Merajuk Dengan Pasangan? Ini Posisi Tidur Paling Romantik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

Rumah tangga mana yang tidak bergolak, kadang-kadang ada sahaja pasangan yang gaduh setiap hari sampai ada di antara anda yang terasa hati. Mungkin bergaduh adalah perkara umum dalam perkahwinan tapi kalau masing-masing tidak ada usaha untuk memujuk, bahaya tu kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan. Apa kata anda semarakkan semula hubungan dengan mengubah posisi tidur apabila bersama suami.

Orang tua-tua kata nak bergaduh boleh tapi jangan lama-lama nanti rugi hiks! Bila bergaduh pasti akan ada sesi memujuk, jadi Donna akan kongsikan kepada anda posisi tidur paling romantik untuk baiki semula hubungan rumah tangga anda. Barulah kurang sikit rasa sakit hati.

Image result for sleeping face to face

Sumber : irish

Face To Face 

Saling berpandangan wajah antara satu sama lain ketika tidur membuatkan pasangan anda mudah jatuh hati semula. Sambil melihat muka suami atau isteri anda juga boleh membelai mereka dengan penuh kasih sayang dan keadaan itu menjadi lebih mengasyikkan dan mampu membuatkan tidur dengan lena.

Related image

Sumber : rasplove

Sweetheart Cradle

Berpelukan sampai pagi why not? Ini adalah posisi tidur secara berpelukan antara satu sama lain, buat para isteri memang seronok kalau dapat tidur dalam keadaan sebegini. Bukan itu sahaja keadaan tidur ini merupakan tanda aras sesebuah hubungan rumah tangga berada dalam keadaan yang harmoni dan romantik bahkan dakapan tubuh suami cukup menenangkan jiwa dan terasa selamat.

posisi tidur suami isteri, posisi tidur, posisi tidur suami dan isteri, posisi tidur paling romantis, posisi tidur romantis, posisi tidur paling selesa, posisi tidur selesa, gaya tidur, gaya dan personaliti tidur, gaya semasa tidur

Sumber : theaseanparent

Honeymoon Hug

Posisi ini sama seperti face to face tapi bezanya suami akan memegang tubuh isteri supaya rapat dengannya. Bagi pasangan yang baru kahwin posisi ini amat sesuai untuk berbulan madu. Memang terasa indah saat itu!

posisi tidur suami isteri, posisi tidur, posisi tidur suami dan isteri, posisi tidur paling romantis, posisi tidur romantis, posisi tidur paling selesa, posisi tidur selesa, gaya tidur, gaya dan personaliti tidur, gaya semasa tidur

Sumber : theaseanparent

Fabio 

Posisi ini adalah di mana isteri tidur atas badan suami. Bila suami nampak anda terlentok comel diatasnya, alahai pasti cair hati!

Walaupun dah lama berkahwin dan mempunyai ramai anak tapi ia tidak bermaksud anda perlu kurangkan masa untuk bersama dalam keadaan yang romantik. Jom ajak pasangan ikut cara ni, lama kelamaan anda akan rasai kenikmatannya.

 

Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Hubungan Makin Hambar, Tawan Semula Hati Pasangan Anda Dengan Cara Ini

 

 

 

Sumber : theaseanparent

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna