Menyesal Makan Banyak Di Hari Raya? Masih Belum Terlambat Untuk Detoks

Dah puas makan macam-macam semasa rumah terbuka? Ada yang sampai nak duduk pun tak selesa disebabkan perut buncit! Bila time makan tu mesti teruja dengan pelbagai hidangan dan juadah yang disediakan sampai terlupa untuk kawal pengambilan makanan, akibatnya berat badan mulalah naik.

Baca:

Penting Ni Kalau Tak Nak Anak Meragam, Nak Beraya Pun Senang!

Bestnya kali ini Donna akan kongsikan empat jenis jus detoks, di mana anda tidak perlu beli supplement untuk kurus yang mahal tu. Bukan sahaja dapat mengempiskan perut tapi ia juga mampu memberi khasiat kepada tubuh badan anda.

Related image

Sumber: dherbs

Jus Penghapus Lemak

Bahan-bahan

  1. 1 biji timun
  2. 1 biji lemon
  3. 1 sudu besar halia parut

Cara penyediaan

Kisar semua di atas dan minum sebelum tidur

Related image

Sumber: eatdrink

Jus India Berempah

Bahan-bahan

  1. 4 biji limau nipis
  2. Sedikit halia parut
  3. Gula secukup rasa
  4. ais

Cara penyediaan

  1. Perah jus limau
  2. Campur gula dan air putih, kacau sehingga larut
  3. Tambah halia dan jus limau ke dalam air campuran tadi.
  4. Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau

Image result for apple cider juice

Sumber:apple

Jus Apple Cider 

Bahan-bahan

  1. 1 liter jus epal
  2. 100ml jus lemon
  3. 1 biji lemon
  4. ais

Cara penyediaan

  1. Hiris lemon dalam bentuk bulat
  2. Campur jus lemon dan jus epal dalam jar
  3. Tambah hirisan lemon, ais dan daun pudina ( jika perlu)
  4. Tambah hirisan epal sebagai hiasan, dan siap.

 

 

 

 

Sumber: rasa

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna