Menyegarkan! Hirup Sup Ketika Sahur Pembangkit Selera Untuk Makan

Adakalanya pasti badan anda berasa letih untuk bangun sahur dan tidak mampu untuk menyediakan hidangan makanan berat. Ada juga masanya anda akan memilih untuk bertungkus lumus menyiapkan makanan pada waktu berbuka secara berlebihan agar waktu sahur nanti anda tidak perlu masak.

Yang sebenarnya tidak susah pun masak pada awal pagi. Tipnya adalah sediakan makanan paling mudah dan sedap. Contoh paling dekat adalah seperti sup. Nak tahu mudah ke tak, jom Donna kongsikan resepi Sup Bebola Daging untuk anda:

Bahan-bahan

15 Cawan air

1 Sudu besar garam

6-8 Biji ubi kentang , dipotong dadu

3 Biji lobak merah, dipotong halus

½  Bawang merah, dipotong halus

2 Batang saleri

3 Sudu besar minyak masak

1 Sudu besar Nang Ori Lada Hitam

2 Sudu besar MasterFoods Mixed Herbs

1 Paket Azmy Bebola Daging

1 Sudu besar kicap MH Mohd (penambah rasa)

 

Cara penyediaan

Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan garam, kentang dan lobak merah. Biarkan ia mendidih selama 10 minit. Tumis bawang merah sehingga naik bau. Masukkan saleri dan goreng sehingga ia bertukar warna keemasan dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bebola daging dan biarkan sehingga ia masak selama 10 minit. Sebagai penambah rasa, letakkan MasterFoods Mixed Herbs dan Nang Ori Lada Hitam. Siap untuk dihidang bersama kicap MH Mohd mengikut citarasa anda.

Hidangan sup mampu membuatkan anda berasa segar lebih-lebih lagi bila dimakan dalam keadaan yang masih panas. Bukan itu sahaja ia juga amat sesuai bagi anda yang sedang menjaga pengambilan makanan kerana sup yang Donna kongsikan amat berkhasiat. Tunggu apa lagi, jom beli bahan-bahan nak masak ni di pasaraya Giant berdekatan anda dan buat sup bebola daging untuk sahur nanti!

Tak sempat nak tengok resepi sebelum ni? Jangan risau anda boleh klik link di bawah ini :

Nasi Butter Herba Hidangan Menarik Untuk Bersahur

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna