Menyayat Hati! Keadaan Banjir Di Indonesia Mengakibatkan Kematian 66 Orang

Hujung tahun lepas, negara Malaysia sekitar pantai timur dilanda banjir yang agak teruk sehingga mengakibatkan banyak kerosakkan alam dan rumah penduduk. Malangnya selepas beberapa minggu reda saja banjir di kawasan pantai timur, awal tahun 2020 negara jiran kita Jakarta, Indonesia dilanda banjir pula.

Apa yang membimbangkan, laporan mengatakan ini adalah banjir di Indonesia yang dikatakan terburuk sejak 1996. Menurut sebuah portal rasmi, sejak 31 Disember hingga 7 Januari semalam, kematian dilaporkan meningkat kepada 66 orang terkorban dan dua lagi mangsa dilaporkan masih hilang di daerah Lebak, dalam wilayah Banten.

Sumber: triwisnu 

Dahsyatkan kalau kita baca berita yang dilaporkan. Belum lagi kalau kita tengok keadaan sebenar di sana. Jom lihat video dan gambar berikut.

Dahsyat kan? Air banjir sangat deras kalau kita lihat rakaman video tersebut. Berdasarkan satu laporan media tempatan, seramai 173,000 penduduk terpaksa dipindahkan setelah banjir yang turut menyebabkan kejadian tanah runtuh. Ramalan kaji cuaca juga menyatakan, Jakarta akan menerima taburan hujan lebih tinggi dalam tempoh terdekat ini.

Dalam pada itu,  mereka turut memaklumkan, lebih 35,000 mangsa di Jakarta yang berada di bangunan kerajaan, sekolah dan kompleks membeli belah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana mangsa tak dapat pulang ke rumah yang sudah ditenggelami air dan rosak.

Lihat antara rumah dan kereta yang musnah akibat banjir yang teruk.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pantau Aktiviti Anak-Anak Musim Banjir Ni Untuk Kesihatan & Keselamatan Mereka

Banjir Ke Tak Kawasan Rumah, Musim Hujan Ni Kena Juga Buat Persediaan

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: astroawani

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna