Mentor Milenia 2019 Tampil Konsep Baharu Untuk Uji Bakat

Sebut sahaja program Mentor mungkin anda akan teringat kepada seorang artis kian mendapat nama di dalam industri muzik kerana bakat nyanyiannya yang luar biasa sehingga mampu menarik perhatian orang ramai. Mungkin dulu pernah bergelar sebagai seorang peserta dalam program realiti ini tetapi kini masih kekal menjadi mentor buat bakal peserta yang akan menjalani uji bakat yang akan diadakan pada bulan Ogos akan datang.

Bukan itu sahaja, musim baharu ini menampilkan Stacy dan Ernie tersenarai dalam barisan mentor yang akan berganding bahu bersama Hazama, Black dan Akim bagi mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang mampu melakar nama mereka di dunia seni.

Jika sebelum ini, Mentor Milenia terbuka kepada golongan muda yang berusia 17 tahun hingga 21 tahun tetapi pihak atasan telah bersetuju untuk menaikkan lingkungan umur sehingga 23 tahun. Wah lagi besar la peluang untuk anak-anak muda kali ini!

Pastinya setiap mentor mempunyai standard atau kriteria yang bukan hanya mampu untuk menyanyi bahkan boleh menjadi penghibur dalam industri tanah air dan bagi protege mempunyai pakej lengkap dengan gaya tersendiri itu dijadikan sebagai satu ‘bonus’ buat barisan mentor.

Jadi bagi yang berminat untuk menghadiri uji bakat boleh muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com.my/mentormilenia dan bawa borang tersebut ke sesi ujibakat. Selamat mencuba!

 

Keyword: Donna X Tulus

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna