Menteri Pengangkutan Bersuara Mengenai ‘Child Car Seats’

Child car seats diwajibkan ke atas semua kereta bermula dari tahun 2020,”

Menteri pengangkutan iaitu Anthony Loke telah mengeluarkan kenyataan di mana Child car seats atau kerusi keselamatan kanak-kanak diwajibkan berikutan dengan cadangan yang diutarakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Cadangan ini timbul apabila pada hujung bulan Mac lalu, kes kemalangan yang diakhiri dengan tragedi menyedihkan kerana kecuaian ibu bapa sendiri kerana meninggalkan anaknya di dalam kereta tanpa apa-apa kelengkapan keselamatan.

Tambah Anthony lagi, untuk masa sekarang, mungkin perlaksanaan ini tidak dijalankan lagi kerana kebanyakan pembekal tidak mampu menampung.

Jadi, sebelum melancarkan program ini, pihak mereka akan mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan kerusi ini bermula pada awal tahun depan sebelum mereka melaksanakan keperluan mandatori child car seats kepada pemandu.

Malah, beliau akan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas kerusi kanak-kanak supaya rakyat mampu memiliki Child car seats.

Namun, sebelum tiba awal tahun depan, entri kali ini terlebih dahulu akan mendedahkan kepada anda semua beberapa kepentingan child car seats. Antaranya adalah..

Sumber: youtube yusuf iskandar

Mengelakkan daripada terpelanting

Seringkali kita mendengar apabila kemalangan kereta di jalan raya yang berlaku pasti mangsa terpelanting atau tercampak dari kenderaan sehingga menyebabkan kematian. Puncanya adalah tiada tali pinggang keselamatan untuk menyelamatkan nyawa anak anda. Jadi, dengan child car seats yang diikat kemas serba sedikit dapat menyelamatkan nyawa anak anda.

Melekap di kerusi

Jika anda meletakkan anak anda di dalam child car seats, keseluruhan anggota badan seperti dada dan peha akan diikat kemas dengan tali pinggang. Untuk kereta yang mempunyai cangkuk seperti top tether pula, kerusi kanak-kanak itu tercangkuk dan menyebabkan pergerakan kerusi menjadi terhad sewaktu kemalangan berlaku.

Menerapkan nilai murni

Sumber: theasian

Sememangnya pendidikan perlu diterap dari usia muda lagi untuk membiasakan sejak dari kecil. Malah, kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan mereka akan mencontohinya. Jadi,  alangkah bagusnya jika ibu bapa berjaya menerapkan nilai-nilai keselamatan ini sejak daripada kecil lagi.

Pemanduan tidak terganggu

Jika anak anda sudah kenyang dengan susu dan selesa dengan lampin yang sudah ditukar, secara tidak langsung anak anda boleh tidur dengan sendiri tanpa mengharapkan anda mendodoikannya. Apabila sudah terbiasa tidur di dalam car seat, dengan gegaran di dalam kereta seoalah-olah di dalam buaian si comel pasti tidur lena.

Konklsinya adalah, sebagai ibu bapa anda harus menitik berat tentang keselamatan si manja walaupun anda merasakan diri anda adalah pemandu berhemah tetapi, kemalangan kadang-kadang bukan dari kita sendiri tetapi kecuaian dari pemandu lain juga.

 

Sumber: Bernama

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna