Menopause & Berat Badan : Fakta Yang Wanita Perlu Tahu

Kalau nak bercakap tentang bentuk dan saiz badan, pasti kaum wanita lebih sentisitif apabila membicarakan tentangnya. Tetapi apa yang lebih membimbangkan apabila wanita yang sudah mencecah usia 40 an kebiasaanya akan mengalami fasa menopause di mana mereka tidak menghasilkan telur dalam ovarinya lagi. Ini bermakna tiada lagi ‘ lampu merah'(atau maksud lain, period setiap bulan)!

Mungkin sesetengah wanita mengalaminya tanpa sebarang masalah dan ada juga yang akan mengalami simptom seperti sukar untuk tidur, penurunan nafsu, panas, rimas dan lain-lain. Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa kenaikan berat badan akan berlaku apabila usia melebihi 45 tahun.

Bila imbas semula gambar lama,  baru nampak perubahan saiz badan. Lepas tu mula lah risau dan tak senang duduk betul tak? Buat wanita di luar sana, anda boleh menikmati fasa ini dengan mudah mengikut tip yang akan Donna kongsikan. Jom lihat di bawah!

Image result for wanita gemuk"

Sumber: msn 

Tip Pengawalan Berat Badan

  • Elakkan terlebih makan. Ini kerana tubuh anda kurang aktif berbanding dahulu, jadi ia akan sukar untuk melakukan proses pembakaran lemak.
  • Banyakkan pengambilan serat untuk memudahkan sistem perkumuhan dan meningkatkan penghadaman tubuh badan.
  • Jangan tunggu haus baru nak minum, kekalkan hidrasi pada tubuh badan anda.
  • Anda boleh mula amalkan pengambilan vitamin dan mineral daripada makanan yang sihat.
  • Sediakan makanan ringan yang sihat seperti buah, yogurt, kepingan keju dan sup.
  • Amalkan penjagaan oral dengan baik untuk menjaga kesihatan gigi secara teratur.

Image result for wanita gemuk"

Sumber: finance

Jangan sampai tunggu obesiti baru nak berubah. Ambil perhatian dan sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada tubuh badan anda untuk mengelakkan sebarang kompilasi berlaku.

Sekiranya anda berasa was-was atau ingin tahu lebih lanjut, dapatkan nasihat daripada pakar untuk mengetahui informasi yang lebih terperinci.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Warna Rambut Memang Nampak Cantik Tapi Ramai Tak Tahu Ia Bahaya!

Kajian Bukti Wanita Punggung Besar Bukan Hanya Bijak Malah Lebih Sihat

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna