Mengidam Jeruk Mangga Asam Boi? Jom Ke Dapur Buat Hidangan Ini

Kepada yang penggemar buah mangga, pasti gigih menanam pokok mangga di halaman rumahnya. Kalau tak ada halaman rumah pun, halaman rumah di kampung pasti ada pokok mangga!

Lebih-lebih lagi buah tropika ini sangat terkenal di senatero Asia, sampaikan orang tua-tua dahulu kala cipta hidangan buah mangga untuk makan bersama nasi.

Contohnya, kerabu mangga, sambal mangga muda, sambal belacan mangga dan banyak lagi!

Selain dibuat jus mangga dan dijadikan menu hidangan, buah mangga juga dijadikan hidangan pencuci mulut. Antara hidangan yang menjadi kegemaran orang ramai masa kini adalah jeruk mangga asam boi.

Walau bagaimanapun, makanan ringan ini sukar untuk didapati dan menepati selera tekak kita. Jadi, Donna nak mengajar anda semua membuat sendiri jeruk mangga asam boi mengikut selera tekak anda.

Antara bahan-bahan yang di perlukan adalah;

Sumber: mahumahu

  1. Mangga muda yang besar 2 biji
  2. Asam boi 6 biji (mengikut citarasa)
  3. Cili padi 2 tangkai (mengikut citarasa)
  4. Gula separuh sudu
  5. Garam secukup rasa
  6. 1 sudu cuka

Cara membuat;

Sumber: pinterest

  1. Kupas kulit mangga dan potong ia memanjang atau mengikut kreativiti anda dan masukkan di dalam bekas yang besar.
  2. Asam boi dikupas isinya dan dimasukkan bersama mangga dengan biji asam boi untuk rasa yang lebih padu asamnya.
  3. Cili padi dihiris dan dimasukkan sekali bersama mangga.
  4. Masukkan cuka.
  5. Masukkan garam dan gula mengikut selera tekak anda
  6. Gaulkan kesemuanya sehingga harmoni
  7. Masukkan ke dalam bekas yang mempunyai penutup untuk diperam dan disimpan di dalam peti ais selama sehari.
  8. Selepas sehari, anda boleh menikmati sambil menonton drama korea hihi.

Sebenarnya, anda boleh sahaja menikmati mangga asam boi selepas saja anda menggaulkan mereka sehingga rata. Tetapi, untuk rasa yang lebih sedap, lazat dan padu, mangga tersebut harus di peram terlebih dahulu.

Selamat mencuba!

Nota:

  • Kepada yang gemarkan rasa pedas-pedas masam, boleh masukkan kuantiti cili padi lebih dan kurangkan kuantiti asam.
  • Kepada yang gemarkan rasa masam-masam dan tidak gemarkan pedas, boleh kurangkan kuantiti cili, lebihkan kuantiti asam boi.

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna