Mengidam Hanya Psikologi Si Ibu Bukan Permintaan Bayi Dalam Perut

Maka si suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan isteri hamil yang sedang mengidam.”

Bila ada ibu hamil teringin makan sesuatu, pasti orang sekeliling akan usahakan juga mencari makanan tersebut untuk ibu hamil. Bahagia sungguh kan? Semua ini dikaitkan dengan satu perkataan. Mengidam. Istilah mengidam dengan ibu hamil sangat sinonim. Ia merupakan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang sangat ingin dirasai ketika mengandung. Kadangkala mengidam  bukan setakat ingin merasai makanan sahaja, tetapi ingin melakukan sesuatu yang pelik. Contohnya seperti bau minyak petrol, ingin duduk dalam hujan atau mengunyah pasir dan kaca. Jika tergolong dalam golongan yang mengidam benda-benda pelik, anda disarankan mendapat rujukan daripada pakar perubatan dengan segera. Ia dinamakan gejala ‘Pica’. Orang tua-tua sering menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan atau tunaikan apa yang dia inginkan, kemungkinan nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja.

Sebenarnya mengidam itu memang keinginan yang perlu dituruti atau sekadar mainan psikologi? Hakikatnya tiada bukti yang boleh menyokong hal tersebut. Penyebab terjadi kes mengidam belum dapat disahkan secara sahih. Perbuatan mengidam tiada kaitan langsung dengan perkembangan bayi, ia hanya sekadar mitos orang dahulu sahaja. Umum sedia maklum, mitos selalu diwujudkan oleh orang-orang dahulu sekadar untuk memberi pengajaran atau menakutkan individu tertentu. Maka si suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan isteri hamil yang sedang mengidam. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak akan menjejaskan kandungan atau menyebabkan perkembangan bayi berbeza dari bayi normal. Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan isteri hamil yang sedang mengidam, ia sebagai tanda anda prihatin dan mengambil berat akan mereka.

Sumber Foto: google image

 

Mengidam bukan sahaja berlaku kepada wanita hamil tetapi semua individu. Namun ia lebih kerap dan berlaku kepada ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak hamil. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil. Apa punca sebenar ibu hamil sering mengidam? Salah ke? Tidak salah jika mengidam sesuatu yang tidak menjejaskan kesihatan tetapi memudaratkan jika mengidam sesuatu yang melampaui akal. Ada pakar penyelidik berpendapat rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron. Peningkatan hormon tersebut berkait rapat dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur. Kemungkinan itu menjadi penyebab si bakal ibu teringin untuk makan pelbagai jenis makanan terutamanya yang manis-manis.

Sumber Foto: vitaminkita

 

Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan si ibu hamil boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan melakukan banyak perkara atau aktiviti lain. Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai. Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai mitos perihal mengidam, anda boleh layari podcast Ais Kacang. Siri – Perang Melawan Mitos. Segala mitos Kesihatan dirungkai oleh Dr Khairul Hafidz selaku hos, bersama kumpulan doktor-doktor yang aktif memberikan informasi kesihatan.– klik di sini

 

Sumber: myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna