Menghiburkan! Antara Video Drama Anak Artis Cuit Hati Orang Ramai

Bila dengar je bunyi ketawa si manja lepas penat melakukan kerja, terasa bebanan di bahu hilang. Apatah lagi bila melihat telatah mereka yang comel. Kadang-kala kita balik yang gelak sampai sakit perut dibuatnya, alahai anak ibu!

Disebabkan tahun ni ramai artis tanah air sering berkongsi ragam anak mereka di media sosial jadi kami kumpulkan beberapa buah video anak artis yang mencuit hati kita semua. Tak percaya? Jom tengok video di bawah.

Shila Amzah

Satu bonus buat para ibu bila ada suara yang sedap, nak dodoikan anak pun mesti anak tidur dengan mudah dan nyenyak tapi malangnya sebaliknya pula terjadi pada penyanyi hebat Shila Amzah bila dia sedang mendodoikan putera sulungnya. Apa yang terjadi? Tunggu sampai akhir video, lihat di bawah.

Jihan Muse

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kalau mak pun pandai berlakon buat parody, mesti anak pun ikut sama sekali. Contohnya anak pengacara Jihan Muse ni, bila tak nak makan nasi mulalah berdrama. Nanti bila dah besar boleh berlakon baby ninja ni, ahaks!

Syatilla Melvin

Siapa tak kenal anak sulung pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Comel dan banyak akal, ada saja telatah anaknya menghiburkan sampaikan Syatilla ketawa tak ingat dunia. Tengoklah video di bawah, gelagat anaknya obses dengan patung mainan dinasour. Sayang betul tu!

Betty Ahmad

Pelakon Betty Ahmad yang dikurniakan putera sulung awal Januari lalu sering berkongsi telatah anaknya. Lihatlah baru-baru ini Betty kongsikan anaknya sedang tidur di dalam baby stroller hand push. Bila terjaga, dia kembali tidur semula, alahai! Kat situ pun jadi, mengantuk sangat tu.

Sebenarnya semua baby menghiburkan hari-hari kita. Lagi-lagi bila tengok mereka tersenyum ketika sedang nyenyak tidur. Itulah hadiah terbesar seorang ibu. Runtun hati kita ni wajah suci mereka. Semoga anak-anak kita dibersarkan dengan didikan yang sempurna.

 

 

 

Untuk bacaan yang menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Antara Anak Artis Yang Menjadi Tumpuan Kerana Kecerdikan Mereka ,

Doktor Ini Basuh Mentaliti Netizen Tentang Produk Kesihatan Sampah

 

 

 

 

Sumber: ig bettyahmadig shilaamzah , ig jihanmuse , ig syatillamelvin

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna