Mengeluh Miliki Isteri Seorang Doktor, Doktor Ini Tampil Menerangkan Kerjayanya Sebenar

Trend wanita bekerjaya bukan lagi perkara baru, malah jumlah golongan tersebut kebanyakannya terlibat dalam bidang pekerjaan profesional seperti doktor, peguam dan arkitek.

Untuk sesetengah wanita yang sudah berkahwin, menggalas tanggungjawab seorang isteri yang bekerjaya bukan perkara mudah. Mana nak tumpukan kerja di pejabat yang bertimbun, uruskan anak-anak dan suami lagi, sehinggakan rumah terabai dan bersepah. Sedar mahupun tidak, situasi begini memberi impak terhadap keharmonian sesebuah rumah tangga.

Hal ini boleh dilihat dari luahan hati seorang lelaki apabila mengahwini wanita yang bekerja sebagai doktor. Luahan hati ini tular di media sosial selepas seorang Doktor Medik memuat naik coretan tersebut di akaun Instastory miliknya.

Dr Anwar tampil dengan penjelasan

Coretan tersebut sampai ke pengetahuan seorang Penolong Pengarah Utama Bahagian Perubatan Swasta di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Anwar Fazal dan beliau tampil menjelaskan kepada orang ramai kehidupan sebenar seorang doktor menerusi kapsyen pada posting di akaun Instagram miliknya.

Menurutnya, profesion seorang doktor bukanlah mudah yang disangka. Adakalanya, tidak sempat menjamah sarapan pagi walaupun sudah dibekalkan dek kerana sibuk menyelamatkan nyawa dan melayan kerenah pesakit seharian di hospital sehinggakan usai saja habis waktu bekerja, kaki sudah rasa tidak pijak di bumi.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga menasihati pasangan yang memiliki isteri mahupun suami yang kerjayanya seorang doktor, harus saling toleransi dan saling memahami antara satu sama lain. Beliau turut menegaskan komunikasi dalam hubungan amat penting untuk mengekalkan keharmonian sesebuah hubungan.

 

Tanggungjawab seorang doktor…

Pada perenggan akhir kapsyen Dr Anwar Fazal, beliau turut menyenaraikan tanggungjawab kerjaya seorang doktor yang sebenar sehingga mereka perlu menggadaikan nyawa mereka sendiri demi menyelamatkan pesakit lain.

Belum lagi tanggungjawab hakiki untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit tetapi disalah erti sehingga disaman dan akhirnya hilang punca rezeki. Sebaris ayat terkahirnya, beliau memohon kepada Allah agar diberi kekuatan.

Bukan senang apabila memikul tanggungjawab yang besar di rumah dan di tempat kerja. Jadi, mana-mana pasangan pun harus pegang pada asas rumah tangga iaitu saling membantu, memahami dan berikan yang terbaik demi kebahagiaan berpanjangan.

 

 

 

 

 

Sumber: dailyrakyatinstagram Dr Anwar Fazal 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna