“Mengah Aku!” – Seorang Guru Selamatkan 5 Remaja Perempuan Lemas

Semalam kecoh dengan berita kematian tiga beradik akibat lemas di muara sungai Kuala Telemong, Hulu Terengganu. Mereka dikatakan lemas selepas empat saksi melihat mereka sedang mandi dan memancing di kawasan situ.

Hari ini lagi sekali tular di media sosial tentang lima remaja perempuan pula lemas akibat kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada petang kelmarin.

Semuanya selamat!

Kejadian tersebut berlaku kira-kira sekitar 12.20 tengah hari yang kebetulan guru yang dikenali Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, yang kebetulan melalui jalan tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Hutan Melintang.

Apa yang membuatkan kami terpanggil untuk ketengahkan tentang isu ini adalah kesungguhan Imran yang cuba selamatkan kelima-lima pelajar perempuan tersebut selamat dari dibawa arus sungai.

Bayangkan seorang individu cuba menyelamatkan lima orang yang memerlukan bantuan. Kalau tak ada cikgu ni dekat situ, nyawa mangsa lemas tersebut mungkin tidak dapat diselamatkan.

Orang perak mesti bangga!

Kalau orang Perak tengok ni, mesti dorang bangga, ihiks! Apa pun, kami nasihatkan bila dah kerap kali berlaku kes lemas, nak atau tak penting untuk seseorang itu tahu berenang. Sekurang-kurangnya bila tiba berlaku kemalangan yang berkaitan dengan air, kita boleh selamatkan diri atau juga menyelamatkan nyawa orang lain.

Jika kita berada di tempat si penyelamat, perkara yang perlu kita lakukan adalah…

  1. Nilai keadaan sekeliling sama ada mempunyai bahaya atau tidak, terutama arus deras aliran air.
  2. Nilai tahap kesedaran mangsa.
  3. Minta bantuan. Tidak kira orang awam atau pihak bertugas.
  4. Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa.
  5. Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada).
  6. Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak bernafas.

Hati-hati ye guys!  

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senari artikel berikut:

Elak Lemas! 9 Tip Selamat Bila Bawa Si Manja Mandi Kolam

Bau Rumah Harum Dengan Hanya Cara Mudah Ini

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna