Menarik & Kreatif! Idea Snek Untuk Parti Kanak-Kanak Versi Sihat

Mana tak rosaknya gigi kalau anak-anak balik je dari parti birthday kawan mesti bawa satu plastik jajan. Memang tak dapat dinafikan ramai para ibu yang pernah lalui perkara seperti ini tambah pula bila anda struggle untuk menerapkan amalan makanan sihat kepada anak-anak.

Kenapa anak-anak tertarik dengan gula-gula, coklat dan snek yang lain? Ini kerana ia sering didatangkan dengan setiap packaging yang menarik dan berwarna-warni. Tanpa goodies bag maka tak lengkap lah majlis. Sekarang ni mak-mak tak perlu risau sebenarnya makanan sihat juga boleh diolah agar ianya kelihatan menarik dan sesuai untuk majlis kanak-kanak.

Jom lihat di bawah idea snek yang comel dan sihat!

Image result for telur rebus hari jadi

Sumber: siraplimau

Telur Rebus

Eh ingat telur rebus khas untuk kenduri kawin je ke? Haa salah tu, telur rebus amat baik untuk anak-anak kerana ia kaya dengan protein, vitamin D, potassium, zat besi dan folik. Walaupun ianya sering dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu pada majlis kenduri kahwin tapi ia tidak bermakna sudah ketinggalan zaman.

Nak bagi nampak comel anda boleh gubah telur rebus tersebut dengan menggunakan marker pen untuk lukis animasi mengikut kreativiti dan gunakan kertas warna untuk menceriakan lagi. Mudah kan?

Image result for banana for party

Sumber: make&do 

Pisang

Kebanyakan anak-anak memang sukakan buah-buahan terutamanya pisang. Kita sememangnya tahu bahawa pisang adalah buah yang bukan sahaja sedap malah kaya dengan vitamin C, vitamin B, kalsium dan magnesium. Bab nak menghiasnya, ibu bapa kena lah ada effort sikit dengan meletakkan topi atau gunakan google eyes, tentu ia lebih ceria!

Image result for butterfly snack bags

Sumber: familymaven

Butterfly Snack 

Letakkan biskut, buang anggur atau kekacang dalam snack bag dan kepilkan dengan penyepit baju di bahagian tengah agar ia kelihatan seperti bentuk rama-rama. Untuk lebih menarik, hiaskan ia dengan pipe cleaner atau kertas warna.

Image result for apple ninja turtle

Sumber: thetrophy 

Apple Ninja Turtle  

Anak-anak penggemar siri kartun Teenage Mutant Ninja Turtle? Haa, gunakan peluang ini untuk menghias epal hijau sebagai goodies yang menarik minat anak anda agar ianya boleh dibawa pulang untuk rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini anda boleh mengalakkan mereka untuk mulakan amalan makanan sihat secara teratur.

Related image

Sumber: pinterest

Air Kotak

Daripada anda hidangkan air manis seperti sirap atau oren apa kata anda sediakan minuman kotak seperti susu atau air mineral dengan hiasan yang menarik. Lagi bagus kalau anda menggunakan jus asli tanpa gula dan kurang manis.

Wah macam-macam sebenarnya anda boleh buat untuk memastikan hidangan hari jadi anak lebih berkhasiat dan menarik yang penting kena rajin lah sedikit bab nak menghias tu hiks!

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini:

Its Not Okay Ramai Tak Sedar Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

 

 

 

 

Sumber: siraplimau 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna