Menarik! Jom Cuba Terapi Bekam Inframerah Banyak Manfaatnya

“Ngerinyaa! ” Bila sebut sahaja terapi bekam mesti anda terbayangkan darah banyak yang mengalir apabila gelas ditekapkan ke kulit untuk menarik segala darah kotor. Sebenarnya proses terapi bekam tidaklah sakit seperti apa yang anda jangkakan kerana ia hanya melibatkan tusukan jarum kecil. Mungkin sebelum ini ada yang menggunakan cara tradisional iaitu torehan pada kulit tetapi sekarang tidak lagi kerana proses tersebut agak berbahaya dan hanya orang yang pakar sahaja boleh melakukannya.

Tapi menariknya kali ini Spa Bekam Arrayan telah melancarkan terapi inframerah untuk meningkatkan lagi kesan positif ketika anda melakukan bekam. Terapi inframerah ini merupakan satu tambahan kepada terapi bekam yang biasa dilakukan di mana cahaya lampu inframerah tersebut akan dibiarkan selama 7 hingga 8 minit sebelum melakukan bekam.

Pancaran infrared sebenarnya mampu meningkatkan aliran darah di sekitar kawasan rawatan. Bukan itu sahaja, ia juga akan menggalakan proses pengangkutan oksigen serta nutrisi dalam badan dan meningkatkan aktiviti sel yang membantu dalam pemulihan tisu-tisu badan. Siapa yang mempunyai masalah angin dan cepat rasa lenguh-lenguh di badan memang sesuai untuk buat terapi inframerah ini. Confirm badan rasa segar dan ringan!

Haa puasa dah nak dekat, mesti anda terfikir boleh ke untuk lakukan terapi bekam ketika bulan puasa? Jawapannya sudah tentu boleh dan anda tidak perlu risau kerana ia tidak memberi kesan yang buruk pada tubuh badan anda. Haa bagi wanita di luar sana, pasti nak cantik sebelum raya kan? Di Spa Bekam Arrayan turut menyediakan bekam seri wajah yang mampu mengurangkan masalah jerawat di muka. Jadi tunggu apa lagi, ajaklah pasangan anda ke sana pada hujung minggu ni! Selamat mencuba.

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna