Menangis Jumpa Ustaz Ebit, Akui Memang Berdoa Supaya Tuhan Temukan

Sebelum ini mungkin anda pernah melihat sebuah video yang viral di laman sosial tentang seorang anggota askar memberikan topeng muka kepada seorang makcik OKU yang berkerusi roda.

Ceritanya, makcik ini memang duduk seorang diri tanpa anak atau sanak saudara. Lagi pula, sebelum PKP dilaksanakan. Dia memang akan pergi beli barang keperluan dapur sendirian.


Setelah viral, penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew telah mencari siapa gerangan wanita berkerusi roda ini. Melalui perkongsian di laman sosial, wanita itu bernama Noraini Wong. Pada awalnya, wanita itu memang tak mahu buka pintu. Tapi lepas tengok wajah ustaz Ebit. Terus dia mengalirkan air mata.

“Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz,” katanya.

Jual kacang

Bercerita kepada ustaz, Noraini hanya menjual kacang-kacang di tepi jalan menggunakan kerusi rodanya setiap hari. Tapi, lepas PKP dijalankan, dia tidak lagi berniaga.

Ustaz sempat juga memberikan wang walaupun pada awalnya Noraini menolak. Bukan itu sahaja, walau hidup sederhana, wanita ini selalu memberi kucing makan.

Rindu Emak

Hasrat dan permintaan Noraini hanya satu iaitu untuk bertemu semula ibunya. Sudah 14 tahun mereka terpisah dan tak berjumpa. Dia asyik nangis merindu ibunya.

Ustaz Ebit bagaimana pun telah mengambil nombor adik kepada wanita itu dan berhasrat untuk membawa kakak ini bertemu ibunya.

“Saya akan bantu, pohon doa semua,” kata ustaz itu.

Benarlah doa itu senjata. Cepat atau lambat pasti akan dimakbulkan. Donna berharap impian makcik Noraini ini akan dimakbulkan. Terima kasih juga Ustaz Ebit kerana membantu. Rupanya tangan yang memberi lebih bahagia dari yang menerima.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Ebit Lew

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna