Menakutkan! Kanser Ovari Pembunuh Senyap Wanita Paling Pantas

Kanser ovari merupakan penyebab kematian paling umum bagi wanita dan sangat bahaya kerana mampu meragut nyawa wanita dalam masa yang singkat. Kanser ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel di luar kawalan yang sangat bahaya berlaku pada kilang telur atau ovari wanita. Sekiranya nenak, mak cik, ibu, kakak, atau adik perempuan anda mempunyai kanser ini, anda juga kemungkinan berisiko.  Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia apa kata ambil berat mengenai diri anda dengan mengenal pasti tahap kesihatan diri.

Sumber Foto: standardmedia

Faktor-faktor wanita berisiko tinggi untuk menghidap kanser ovari:

  • Pertengahan umur atau berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menderita kanser yang sama.
  • Tidak pernah melahirkan anak.
  • Mempunyai kanser payudara, kolorektal atau kanser rahim.

Sumber: Google Image

Kanser ovari boleh dikesan pada peringkat awal sekiranya setiap wanita menjalankan rutin pemeriksaan secara berkala pada setiap tahun terutamanya pada mereka yang mempunyai faktor risiko di atas. Setiap daripada anda perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada diri dengan mengenal pasti simptom-simptom tertentu.

SIMPTOM KANSER OVARI

Sumber Foto: pexels.com

  • Perut Seperti Hamil – Sistem penghadaman termasuk dalam tanda awal kanser ovari. Perkara ini terjadi disebabkan posisi sistem perhadaman tubuh badan yang agak dekat dengan ovari. Kebanyakkan mereka yang menghidap kanser ovari merasakan perut seperti kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit.
  • Perubahan Berat Badan Secara Drastik – Jika selama ini memiliki tubuh badan yang agak gempal dan berat badan turun secara drastik tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera. Perkara ini perlu diteliti kerana kemungkinan kesihatan tubuh berada dalam keadaan yang tidak baik.
  • Badan Kerap Letih – Badan terasa letih dan lesu walaupun sudah berehat lama. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup dengan lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Simptom ini terjadi disebabkan oleh sel-sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih.
  • Kerap Membuang Air Kencing – Anda minum air seperti kebiasaan namun terlalu kerap membuang air kencing. Bukan sekadar buang air kencing, anda juga berasa sakit setiap kali membuang dan berasa sakit seperti ketat dan pedih pada saluran kencing.
  • Sakit Seakan Senggugut – Sakit selepas haid atau bila-bila masa di kawasan pelvis seakan-akan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Ianya seperti sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan mengambil ubat tahan sakit.
  • Haid Tidak Teratur & Banyak – Perkara ini terjadi kerana ovari gagal merembeskan hormon secara normal kerana prosesnya terganggu dan tidak berjalan lancar. Aliran haid yang banyak ini juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa penyakit seperti fibroid.
  • Pendarahan Selepas Menopaus – Anda perlu berhati-hati jika didatangi haid selepas menopaus.

Sumber Foto: pexels.com

Dapatkan rawatan segera jika anda mempunyai simptom-simptom kanser ovari. Jika mendapat rawatan yang betul, penghidapnya mampu menjadi bekas pesakit kanser dan meneruskan kehidupan normal seperti insan lain meskipun perlu berjumpa doktor sekali sekala untuk mendapatkan rawatan susulan. Namun sudah pasti, golongan ini memerlukan sokongan orang di sekeliling terutama masyarakat untuk te­rus berjuang meneruskan kehidupan tanpa dibelenggu status pesakit kanser seumur hidupnya.

 

 

 

 

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna