Memiliki Tubuh Yang Kurus, Jom Ketahui Rutin Pemakanan Celine Dion

Lagu berjudul My Heart Will Go On telah membuat nama penyanyi veteran Hollywood iaitu Celine Dion dikenali di seluruh dunia. Bahkan, bakatnya yang mampu menarik picthing yang tinggi berjaya membuat orang ramai terpukau dengan lantunan suaranya.

Walaupun sudah berusia 50 tahun, bentuk fizikal tubuhnya tidak berubah sejak dari dulu lagi. Maintain kurus malah ada ura-ura mengatakan dirinya mengawal pemakanan dan bersenam pada setiap hari. Namun, Celine menidakkan kenyataan tersebut kerana menurutnya, badannya kekal kurus disebabkan faktor keturunan.

Oleh itu, penyanyi berdarah Perancis-Kanada ini berkongsi rutin pemakanan hariannya dengan sebuah portal Livestrong. Jika anda ketahui pola pemakanan seharian Celine, pasti anda terkejut.

Sarapan pagi

Menurut Celine, pada waktu pagi dia akan bersarapan dengan mengambil secawan kopi beserta roti manis (croissant). Walaupun hanya kopi dan roti saja, jumlah kandungan menu tersebut sebanyak 270 kalori kerana roti mengandungi banyak lemak tepu.

Sumber: foodie

Makanan ringan

Untuk makanan ringan Celine mengatakan dia hanya mengambil buah seperti nenas, ceri atau apa saja yang mengikut musim. Bila ditanya apakah buah kegemarannya, Celine menjawab buah Bavarian dan ceri Perancis.

Makan petang

Makan petang pula Celine lebih selesa dengan hidangan yang ringan saja seperti salad, rebusan sayur seperti kentang atau sup cendawan. Malah, beliau turut menambah hidangan salad akan dimakan bersama sos kastard Itali manis yang dipanggil Sabayon.

Sumber: claudiagiulia

Makan malam

Pada sebelah malam, hidangannya agak berat kerana dia akan makan semua jenis masakan. Misalnya, pai daging Mediterranean bersama kentang goreng. Ketika wartawan The Sun menemu bual penyanyi tersebut, Celine meminta pembantunya membelikan makanan yang kurang sihat iaitu sosej dan kentang putar bersama kuah lada hitam.

Mesti ada di antara pembaca Donna cemburu dengan tubuh yang dimiliki oleh Celine Dion kerana kurus sejak azali lagi. Mungkin lepas ni boleh ikut cara pemakanan Celine, ihiks!

Sumber: LS

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna