“Memang Susah Nak Jadi Perempuan” – Neelofa

Usahawan berjaya, itulah gelaran yang diberikan oleh pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa atau lebih dikenali sebagai Lofa. Mana tak nya, pada tahun 2017 dia merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Hebat bukan?

Tapi bukan itu yang menarik perhatian kami tapi satu pengakuan daripada Neelofa sendiri di mana dia bersetuju bahawa menjadi seorang perempuan bukan perkara mudah kerana banyak hal perlu difikirkan. Hm, apalah yang difikirkan tu Lofa?

Katanya, menjadi seorang perempuan perlu memikirkan soal tudung, baju, penjagaan muka. Itu belum lagi bahagian barangan penjagaan kulit dan tempat simpan barangan solekan seperti berus, bekas foundation dan lain-lain lagi.

Itu adalah perspektif daripada seorang wanita yang mempunyai gaya hidup urban, mempunyai perniagaan sendiri, public figure terkenal dan masih berstatus bujang. Penampilan bagi mereka adalah paling utama. Lebih-lebih lagi dirinya dikenali ramai menerusi medium media dan sering berjumpa dengan orang.

Tak dapat dinafikan sebenarnya semakin banyak wanita di dunia ini layak digelar iron lady. Cuba bayangkan, merekalah ibu dan juga isteri. Menggalas dua tanggungjawab dalam satu masa bukan hal yang mudah, itu belum lagi kalau wanita yang sudah bekeluarga dan bekerjaya. Lagilah banyak perkara yang nak difikirkan dan nak diuruskan.

Sumber: videoblock

Bukan nak mengungkit, merungut dan bukan nak kata tanggungjawab lelaki lebih mudah berbanding wanita. Tidak sama sekali kerana setiap orang ada tugas masing-masing cuma kalau dilihat pada dasarnya, wanitalah insan paling banyak berkorban dan tak pernah kenal erti penat jika berkaitan tentang keluarga.

Lain pula cerita wanita yang masih berstatus bujang. Ya, mereka mungkin tak sibuk menguruskan anak atau suami tapi lain pula gaya hidup mereka. Mungkin mereka sibuk menguruskan orang tua, adik-beradik yang masih meraba-raba mencari hala tuju hidup, sibuk dengan fokus dalam kerjaya dan serba-sedikit pasti memikirkan soal jodoh.

Wanita mana yang tak inginkan bina mahligai cinta bersama orang yang disayangi dan merasa kasih seorang suami? Yang penting utnuk berjaya dunia akhirat, seorang wanita haruslah mengikut apa yang diriwayatkan oleh sahabat Nabi SAW, Abu Hurairah RA.

“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]

Tidak hairanlah jika Al-Quran telah mengangkat darjat dan penghormatan terhadap wanita sejak 1400 tahun lalu. Buktinya, menerusi Surah An-Nisa Allah berfirman,

Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan
penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebagian dari mahar
tersebut dengan senang hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan
yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`: 4)

Firman Allah lagi,

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mewarisi wanita dengan jalan
paksa.” (An-Nisa`: 19)

Apa pun, hidup di dunia ni kalau nak berjaya dunia akhirat kejarlah kedua-duanya sekali. Lakukan tuntutan Allah dan pada masa yang sama berikan yang terbaik setiap apa yang kita buat di dunia. Asalkan ikhlas.

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik anda boleh klik senarai artikel berikut:

Usia Wanita Bukan Penghalang Untuk Kekal Cantik ,

Rugi Ke Kalau Belajar Tinggi-Tinggi Tapi Akhirnya Jadi ‘Full-Time Housewife’?

 

 

 

 

Sumber: muftiwpislamiyyat

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna