Memang Susah Ke Nak Pujuk Pasangan Merajuk?

Lelaki kalau merajuk memang susah juga untuk dipujuk lagi-lagi sudah berusia tetapi rajuknya adalah mudah sikit daripada perempuan.”

Asam garam hidup berpasangan pasti ada ketikanya seseorang daripada pasangan itu merajuk. Lumrah jika perempuan yang selalu merajuk tetapi bagaimana pula jika si lelaki atau suami pula merajuk? Selalunya, lelaki susah untuk merajuk lagi-lagi dengan pasangan. Selalunya mereka gemar merajuk dengan pasangannya sahaja. Ini kerana dia inginkan perhatian dan penghargaan. Benda paling pantang, dan menyebabkan lelaki suka merajuk jika pasangannya suka membebel, marah-marah dan buat muka masam setiap kali berjumpa. Haa..anda boleh tahu si dia sedang merajuk jika tiba-tiba diam seribu bahasa, tidur awal, keluar rumah dan mematikan telefon bimbit.

Nak pujuk si lelaki jika dia sedang merajuk tidaklah susah mana. Cuma ego yang ada pada mereka ini yang membuatkan proses memujuk itu sedikit memakan masa. Anda boleh cuba tip ini jika suami atau pasangan anda sedang merajuk. Semoga berjaya!

  • Lupakan seketika drama tv kegemaran atau telefon bimbit anda. Fokus hanya kepada si dia seorang sahaja.
  • Sambut si dia dengan senyuman dan ungkapan yang menyebabkan dia rasa disayangi dan dihargai seperti, ‘Lega rasa awak dah sampai dengan selamat.’, ‘Macam mana kerja hari ini?’, ‘Sayang lapar tak?’. Si dia mungkin masih dalam mood merajuk dan tidak mahu melayan anda. Tetapi sebenarnya dalam hatinya sedang berbunga.
  • Sediakan kudapan dan minuman kesukaannya sebaik sahaja dia sampai. Beri ruang pasangan duduk seketika untuk melepaskan lelahnya. Pegang dengan lembut tangan pasangan dan tatap matanya beberapa ketika.
  • Sedang dia menikmati makanan tu, barulah minta kebenaran untuk bertanya lebih lanjut, mengadu atau bercerita apa sahaja hal yang berlaku seharian. Jangan buka cerita yang agak berat untuk di dengar. Kecuali telinga pasangan sedia untuk mendengar. Jika tidak, tangguhkan dulu sehingga lepas makan malam atau ketika sedang menonton televisyen. Risau mood pasangan terus tak baik sampai keesokkan harinya.
  • Pastikan, anda sentiasa mencium pasangan walaupun dia tidak merelakannya. Cium ketika waktu tidur di dahinya, kucup tangannya sebelum keluar berkerja dan berikan ciuman lembut di bahunya. Kuasa ciuman sangat besar memang dapat meredakan dan sejukkan hati yang marah.
  • Ketika menonton televisyen jika mood si dia masih belum ok, cuba ajak pasangan untuk masuk tidur awal. Anda boleh kenakan pakaian yang seksi atau wangi-wangian yang menggoda. Sebelum itu pastikan anda sudah tidurkan anak-anak terlebih awal. Ini sahaja senjata terakhir yang bakal buatkan si dia sejuk kembali dari merajuk. Goda si dia hingga tertidur dalam pelukan kemas. Percayalah ini cara paling berkesan memujuk lelaki.
  • Jika tidak berkesempatan untuk teruskan misi memujuk dek keletihan melayan anak atau menguruskan rumahtangga pada malam sebelumnya, anda boleh kembali cuba memujuk si dia dengan membekalkan bento yang lazat untuk si dia bawa ke tempat kerja. Selitkan nota indah agar hatinya mekar kembali untuk memulakan tugas di pejabat. Mood yang tidak baik, akan menyebabkan prestasi kerja merudum untuk hari itu tau.

Untuk Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai perihal merajuk, anda boleh layari podcast Ais Kacang. Siri – Millennialist. Klik Di Sini  untuk dengarkan Putera Aliff (Alep) dan Zia Izazi (Zee) dalam Millenialist.

 

Sumber: baituljannah.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna