Melancong Memang Best, Tapi Jangan Lupa Buat Persediaan Untuk Waktu Kecemasan

Kemungkinan risiko yang akan berlaku bukan sahaja melibatkan kepada keadaan kesihatan diri dan keluarga, malah boleh melibatkan sepanjang perjalanan terutamanya bagi mereka yang menaiki kapal terbang. Risiko yang mungkin berlaku seperti kes-kes kelewatan dan pembatalan penerbangan secara tiba-tiba. Begitu juga kemungkinan berlakunya kerosakan atau kehilangan barangan peribadi seperti passport dan dokumen perjalanan.”

Untuk memulakan pengembaraan, anda perlu teliti dan kaji secara terperinci pelbagai aspek lebih-lebih lagi aspek cuaca yang kadangkala tidak sesuai dengan kesihatan. Pasti anda tidak mahu ada sebarang gangguan sehingga menyebabkan ia menjadi igauan buruk dan kerugian. Setiap percutian perlu ada perancangan rapi tidak kira sama ada tempoh perjalanan tersebut memakan masa yang lama atau hanya sekadar beberapa hari. Maka persiapan meliputi segala aspek perlu dilakukan. Seminggu sebelum berangkat ke destinasi pelancongan kegemaran anda, senaraikan barangan keperluan asas dan apa yang perlu anda lakukan jika ada urusan kecemasan atau masalah kesihatan. Ini adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Pastikan anda membawa baju panas atau jaket walaupun bercuti ke tempat yang tidak terlalu sejuk. Ini antara langkah berjaga-jaga terutama apabila anda selesema.

 

KEPENTINGAN INSURANS PERJALANAN

Sumber Foto: 123rf.com

Insurans perjalanan adalah perkara yang sering diabaikan ketika bercuti walaupun hakikatnya ia adalah perlindungan apabila berhadapan dengan perkara yang tidak diingini ketika di destinasi percutian. Tiada siapa pun yang mahu percutian mereka bertukar menjadi tragedi dan tiada siapa pun mahukan berlaku kemalangan semasa percutian. Perlindungan atau pelan insurans kembara sebenarnya memberikan perlindungan yang berharga semasa berada di Negara asing, tetapi ia sering diabaikan oleh orang ramai. Seharusnya anda juga perlu bersedia dengan pakej perlindungan insurans semasa bercuti kerana kemalangan dan musibah berlaku tanpa sebarang petanda. Maka tentulah perlu difikirkan soal persediaan untuk sebarang kemungkinan dan apakah pula kesan terhadap bajet percutian jika terpaksa menampung perbelanjaan perubatan di luar negara dengan kos yang tinggi.

Sumber Foto: stocksnap.io

Kemungkinan risiko yang akan berlaku bukan sahaja melibatkan kepada keadaan kesihatan diri dan keluarga, malah boleh melibatkan sepanjang perjalanan terutamanya bagi mereka yang menaiki kapal terbang. Risiko yang mungkin berlaku seperti kes-kes kelewatan dan pembatalan penerbangan secara tiba-tiba. Begitu juga kemungkinan berlakunya kerosakan atau kehilangan barangan peribadi seperti passport dan dokumen perjalanan. Ini akan menyukarkan anda sekiranya perjalanan tersebut tidak dilindungi oleh insuran untuk melancong.  Selain itu, lebih membimbangkan lagi apabila berlakunya kes kecemasan dan melibatkan kos perubatan yang tinggi terutamanya apabila berada di luar Negara. Pasti menjadi menjadi kesukaran kepada keluarga tersebut untuk melunaskan sejumlah wang yang banyak pada masa yang singkat, tetapi sekiranya persediaan awal dalam mengambil perlindungan insuran sekurang-kurangnya dapat membantu melunaskan kos perubatan tersebut.

 

BEKALAN UBAT & BUAT PEMERIKSAAN DOKTOR

 

Sumber Foto: stocksnap.io

Ketika melancong, bawalah ubat-ubatan yang sesuai dengan penyakit yang sering dialami seperti sakit kepala, muntah, selesema, batuk, demam dan cirit birit. Jika anda sendiri punya penyakit yang sering dialami seperti lelah atau alahan, jangan lupa membawa ubat terbabit kerana untuk mendapatkan ubat-ubat itu di negara luar mungkin menimbulkan sedikit masalah. Sekurang-kurangnya bawalah sedikit ubat sebagai persediaan. Anda pasti tidak mahu pengembaraan terganggu atau mengeluarkan lebih perbelanjaan semata-mata mendapatkan rawatan hanya disebabkan demam atau selesema sahaja.

Jika segala ubat telah dimakan dan pelbagai tip kesihatan telah diamalkan tetapi masih tidak sihat, berjumpa dengan doktor adalah langkah terbaik. Dengan mendapatkan pemeriksaan doktor, anda pasti akan diberikan ubat yang sesuai dan terbaik untuk masalah kesihatan yang dialami. Untuk mencegah sakit yang dialami berlarutan boleh juga dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan percutian yang sudah lama dirancang. Anda dicadangkan tidur seketika setelah mendapatkan rawatan. Beri peluang badan anda untuk pulih dan rehat seharian yang mencukupi. Jangan memaksa diri untuk meneruskan pengembaraan yang mungkin telah merugikan masa dan wang anda kerana percutian akan menjadi sia-sia jika anda berada dalam keadaan tidak sihat itu. Kemungkinan akan menjadi lebih teruk dek kedegilan anda dan mungkin boleh pengsan ketika bersiar-siar atau ketika didalam perjalanan.

 

DAPATKAN BANTUAN DARI KEDUTAAN

 

Sumber Foto: stocksnap.io

Jika masalah kesihatan diparas membimbangkan dan berisiko atau mungkin berlaku hal kecemasan yang serius seperti kehilangan passport maka terus dapatkan bantuan daripada pejabat kedutaan Malaysia terdekat di Negara anda melancong itu. Lebih bagus jika anda telah membuat persedian awal dengan mengenalpasti di mana kedudukan pejabat kedutaan atau maklumat lain seperti nombor telefon untuk dihubungi. Pastikan anda juga sentiasa menyelitkan sedikit nota dalam poket baju anda mengenai detail ringkas diri anda dan orang yang boleh dihubungi jika kecemasan. Akhir sekali jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada Tuhan, agar segala perancangan dan perjalanan anda selamat dari awal hingga penghujung percutian.

 

 

Sumber: thevocket hmetro

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna