Meja Kerja Serabut? Pastikan Barang Wajib Ni Je Yang Ada

Hari-hari bila datang tempat kerja tengok keadaan meja serabut dengan helaian kertas tak tersusun, dah pening kepala. Belum lagi dengan barang-barang lain yang entah masih boleh guna lagi atau tak. Bukan tak kemas tapi, bila kemas, 5 minit lepas tu selerak balik.

Kadang-kala tu biarkan je berselerak tapi kalau dibiarkan keadaan tak semegah, nanti mood kerja pula hilang. Macam mana ni? Dah! Jangan risau sebab kami akan kongsikan tip untuk bagi ruang kerja yang efektif. Caranya…

Buku nota

Pastikan ada satu buku nota yang memang guna untuk tulis segala perihal penting. Cukup satu jangan lebih. Kalau ada lebih, sedekahkan je pada rakan sekerja. Tak rugi pun. Oh! Lagi satu, buku nota tu biarlah yang melambangkan personaliti diri anda. Serba sedikit dapat bantu beri anda semangat nak melakukan kerja.

Sumber: unsplash

Alat tulis

Cukup 2 jenis warna pen. Tak perlu banyak pun melainkan kerja anda memang memerlukan alat tulis. Apa yang penting, letak dalam satu bekas alat tulis anda. Elakkan berterabur ata meja. Tapi jika anda memang gemarkan warna yang pelbagai, boleh simpan segala pen di bekas yang sesuai ya.

Gadjet

Kebanyakkan kerja sekarang menggunakan telefon dan laptop. Jadi sediakan ruang khas untuk letak laptop atau PC. Kalau nak lagi kemas, jangan letak sticky note keliling skrin laptop atau PC. Cukup tulis dalam buku nota atau telefon je.

Sumber: unsplash

Bakul

Bukan bakul sampah ye, yang kami maksudkan adalah bakul untuk letak bahan kerja atau rak. Fungsinya adalah simpan fail, helaian kertas atau bahan kerja dalam kotak. Biarkan tertutup, barulah nampak teratur dan kemas. Tak percaya? Cuba buat!

Tip: Tak nak nampak meja selerak, barang yang tak berkenaan simpan je dalam laci atau kotak. Jangan biarkan atas meja lagipun privasi kita, simpanlah elok-elok. Seterusnya, kalau dah terima apa-apa kertas atau buku kerja, terus susun elok Okaylah, nak kemas meja, ihiks!

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, klik senarai :

 Tempat Kerja Lebih Banyak Di Buli Atau Berdrama? ,

Wanita Berkerjaya & Profesional Tidak Suka Komitmen?

 

 

 

 

Sumber: martha stewart

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna