Maya Karin Sokong Netizen Ikut ‘Trend’ Beli Makanan Bawa Bekas Sendiri

Penggunaan plastik dalam kehidupan harian kita memang tak boleh dipisahkan sampaikan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar dan haiwan liar. Mana taknya, satu plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk dileraikan, uish! Lamanya…

Sejak awal 2019, kempen bebas beg plastik dilaksanakan seperti tiada lagi penggunaan penyedut minuman plastik, serta menggalakkan membawa beg sendiri apabila membeli barang di pasaraya atau pusat membeli belah. Bagus usaha ni, serba sedikit, penggunaan plastik pasti berkurang.

Sumber: thenewtownbee

Bila dah kempen ‘no plastic bag’, ada beberapa netizen berusaha sekeras-kerasnya untuk menyelamatkan alam sekitar. Buktinya, salah seorang pengguna twitter berkongsi inisiatif dengan membawa bekas sendiri ketika membeli makanan ringan.

Malangnya, langkah postif yang diambil itu dikatakan menjadi bahan tawa orang ramai. Tapi, pelakon filem Duyung, Maya Karin yang juga menjadi duta kempen ‘no plastic’ tampil bersuara. Dia mengatakan “I tak gelak. It’s great!”.

Melihatkan respon positif daripada pelakon jelita itu, ramai netizen turut berkongsi inisiatif mereka.

Janganlah gelakkan seseorang bila dia cuba untuk selamatkan bumi yang kita duduk ni. Sekurang-kurangnya, dia ada inisiatif. Kita ni? Apa yang kita beri pada bumi kita? Fikirkan…

 

 

 

 

Sumber: twitter maya karin

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna