Maya Karin Lebarkan Bakat Lakonannya Hingga Ke Hollywood!

Menjadi seorang artis tempatan sehingga berjaya melebarkan sayap hingga ke peringkat Hollywood adalah impian semua artis tanah air. Yuna, Neelofa, Fazura adalah contoh artis yang sudah membawa nama Malaysia hingga ke luar negara.

Kini giliran pelakon jelita Maya Karin pula mengikut jejak rakan artisnya yang lain. Perkara ini diketahui minggu lepas pelakon filem Duyung memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya yang mengatakan dia sedang menuju ke sebuah set di salah sebuah bandar di Los Angeles.

“Before shoot esok!”

Pelakon berusia 39 tahun ini juga turut berkongsi gambar yang menunjukkan skrip dan hari pertamanya sebelum penggambaran bermula.

“My first day!”

Keadaan di set

 

Menurut sebuah portal, Maya mengatakan biarpun hanya melakonkan satu babak, dia amat terharu kerana diberi peluang untuk berlakon dalam filem arahan Johnny Martin itu ialah Tyler Posey yang popular dengan siri MTV, Teen Wolf dan pelakon veteran Donald Sutherland.

Tambahnya lagi, walaupun cuma terbabit dalam satu babak, Maya amat bersyukur diberi kepercayaan memegang watak berkenaan dan amat teruja kerana pihak produksi tersebut sanggup terbangkan dirinya dari Malaysia ke LA untuk menjayakannya filem berkisar zombie.

Apa yang lebih membanggakan lagi, Maya tidak perlu menjalani apa-apa uji bakat untuk membintangi watak dalam filem tersebut. Katanya, pihak produksi ingin mengambilnya kerana kenalan dalam industri di peringkat antarabangsa yang pernah dirinya kenal dua tahun lalu.

Wah! Hebatnya Duyung Malaysia kita ni. Semoga lepas ni terus berjaya seperti rakan artis yang lain. We are proud of  you Maya!

 

Artikel berkaitan:

Maya Karin Sokong Netizen Ikut ‘Trend’ Beli Makanan Bawa Bekas Sendiri

 

Keyword: Donna X Tulus

 

Sumber: Instagram Maya 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna