Maut! Seorang Murid Dilanggar Kereta Gara-Gara Pemandu Mabuk

Kalau sebelum ini, rakyat Malaysia sering disajikan dengan berita kematian kanak-kanak diculik dan dibaham haiwan buas gara-gara perbuatan manusia yang diselubungi perasaan marah. Kini, lain pula terjadi apabila  seorang murid dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Jalan Tempasuk 2, Kampung Tempasuk 2 di sini pagi semalam, meninggal dunia malam semalam.

Maxryona Masdi, 7, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2 yang cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata mangsa adalah adik kepada Max Christty Masdi, 10, yang meninggal dunia dalam nahas pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi.

“Kita turut mendapati adik-beradik itu adalah anak saudara kepada pemandu berusia 54 tahun yang disyaki mabuk ketika melanggar tiga mangsa terbabit ketika kejadian pagi tadi.

“Polis juga menasihati pengguna laman sosial agar berhenti menyebarkan gambar mangsa untuk menghormati keluarga mangsa yang masih berdukacita dengan kejadian berkenaan,” katanya di sini malam tadi.

Mohd Zaidi berkata, seorang lagi mangsa, Michelle Marianne David, 14, dilaporkan masih dalam keadaan kritikal akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi, tiga pelajar dikatakan menunggu bas di bahu jalan untuk ke sekolah sebelum dirempuh kenderaan jenis Nissan Sentra.

Max Christty meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa parah.

Untuk bacaan lebih, anda boleh klik di sini untuk ke website Berita Harian.

Sumber: BH

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna