‘Mata Panda’ Buat Wanita Tampak Berganda Lebih Berusia

Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Jika tidak ada ais batu, anda boleh menggunakan sudu. Masukkan sahaja sudu ke dalam peti ais, setelah sudu tersebut sejuk, lekatkan ia ke bahagian mata yang bengkak.”

Dari mata akan turun ke hati. Memiliki mata yang menawan dan cantik cukup membuatkan seseorang berani menonjolkan diri di khalayak ramai. Jika terdapat sedikit sekalipun lingkaran hitam dan sembab di bawah mata akan menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Antara penyebab ia berlaku antaranya amalan gaya hidup tidak sihat, terdedah kepada alam sekitar dan kurang tidur membuatkan mata kelihatan bengkak serta tidak bermaya. Masalah ini juga timbul kerana mata mengalami keletihan akibat terlalu lama menghadap skrin komputer atau membaca buku. Lingkaran gelap bawah mata akan mencacatkan penampilan anda sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri sama ada di tempat kerja ataupun ketika berada dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa petua semula jadi yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah mata bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.

 

  • LIDAH BUAYA (ALOVERA)

Lidah buaya bersifat sejuk. Anda boleh oleskan sedikit lidah buaya di bawah mata setiap malam sebelum tidur. Anda pasti terkejut dengan hasilnya nanti. Jika tidak menyukai bau asli lidah buaya terus dari daunnya, anda boleh beli lidah buaya yang telah diproses di pasaraya terdekat.

 

  • UNCANG TEH HIJAU

Sumber: fashionandbeautymagx.blogspot.com

 

Selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh hijau juga dapat menghilangkan ­lingkaran gelap bawah mata. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, ini yang patut anda cuba. Rendam uncang teh hijau dengan air suam. Kemudian letakkannya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lakukan kaedah ini tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama-kelamaan akan hilang sepenuhnya.

 

  • AIS & SUDU SEJUK

 

Sumber Foto: stylecraze.com

 

Menggunakan ais adalah cara yang paling mudah bagi mengurangkan masalah ini. Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Jika tidak ada ais batu, anda boleh menggunakan sudu. Masukkan sahaja sudu ke dalam peti ais, setelah sudu tersebut sejuk, lekatkan ia ke bahagian mata yang bengkak.

 

  • TIMUN

Sumber Foto: purespaandsalon.com

 

Timun merupakan sejenis sayuran yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Praktikkan cara mudah ini untuk kembalikan kesegaran mata dengan secepatnya. Ambil timun yang disimpan sejuk dalam peti sejuk. Kemudian, hiris timun sederhana nipis. Pejamkan mata dan letakkan timun itu ke atas kelopak mata dengan posisi baring. Biarkan selama 10 minit. Anda pasti akan dapat berasakan kesegarannya serta bengkak di bawah mata akan turut berkurangan. Cubalah!

 

  • AIR SUAM

Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air suam sederhana panas. Elak merendamnya dengan air yang terlalu panas kerana akan mencederakan urat mata. Selepas itu, perah kain terbabit dan letakkan di bahagian mata. Tenang dan rehat kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata. Biarkan selama 10 minit dan anda pasti akan merasai kesegarannya.

 

Sumber: Petua Eyebag

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna