Mata Ikan Kerap Muncul Di Tapak Kaki Perlu Dirawat. Doktor Ini Ada Caranya

Penyakit mata ikan di kulit atau ketuat boleh muncul di mana saja seperti di tapak kaki, tapak tangan, jari dan wajah.”

Mata ikan atau ketuat adalah benjolan keras dan kasar yang biasanya muncul di tempat yang sering mendapatkan tekanan berulang menyebabkan penyakit ini tumbuh ke dalam, di bawah lapisan kulit yang keras dan tebal.

Sumber: Google Image

Memandangkan kebanyakan kes hanya melibatkan masalah ringan dengan saiz mata ikan yang kecil serta jumlah yang sedikit, ia sering kali diabaikan begitu sahaja.

Ini ada perkongsian berguna daripada seorang doktor melalui laman sosialnya, yang merawat pesakit mempunyai masalah mata ikan baru-baru ini. Rupanya ramai netizen diluar sana yang turut mempunyai masalah ini. Jom baca!

Ini antara proses membuang mata ikan yang dilakukan doktor ini. Gerun!

Sumber Foto: Facebook Dr Abdul Rahim

Selain berpunca daripada amalan memakai kasut ketat atau berdiri terlalu lama, untuk pengetahuan anda, kanak-kanak merupakan individu yang paling mudah diserang masalah mata ikan biasa atau ketuat di kaki dan tangan, akibat sentuhan semasa mereka bermain di luar ataupun bersama kawan-kawan. Jika mempunyai daya tahan sakit yang kuat, badan akan melawan jangkitan tersebut dan kebiasaannya kanak-kanak akan pulih sendiri dari masalah mata ikan.

Sumber Foto: tripofraktis

Namun jika ia masih tidak hilang selepas berbulan lamannya ataupun semakin banyak, rawatan perlu diberikan untuk mengawal dan memulihkannya. Apa yang penting adalah mengelakkan anak ataupun diri sendiri daripada mengopek, memotong, memecah atau mengutil mata ikan atau ketuat yang timbul. Perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.

 

Sumber: Facebook Dr Abdul Rahim

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna