Mat Salleh Ni Puji Malaysia Lagi!

Video itu menjadi viral di Malaysia dan mendapat sambutan dan pujian daripada ramai rakyat Malaysia dan menunjukkan kehebatan Malaysia dari pandangan dari seorang yang bukan daripada warga Malaysia.

Lelaki yang menghasilkan video tentang kehebatan bernama Dustin Pfundheller ini adalah seorang pengembara dan Doktor gigi yang kini menetap di Singapura dan mempunyai  Youtube channel yang bernama Other Side of the Truth. Selepas video pertama tentang kehebatan Malaysia menangani Covid-19, sebuah lagi rakaman visual yang berkaitan dengan kehebatan warga Malaysia ketika musim Covid-19 ini. Well done!

Video tersebut yang bertajuk How Malaysia Did The Impossible – Covid-19 ini telah mendapat lebih 130 ribu tontonan di Youtube dan 66 ribu shares di Facebook tau! Cayalah!

Baca:Doktor Ini Bedah Diri Sendiri!

Dustin memberi 15 sebab bagaimana Malaysia membuat sesuatu yang mustahil ketika musim menangani wabak ini. Dia memuji pelbagai pihak dari yang berjawatan tinggi hingga lah golongan biasa di Malaysia dan menunjukkan setiap warga Malaysia memainkan peranan. Ini lah semangat yang kita mahukan!

Foto:www.media4growth.com

Antara perkara yang Malaysia lakukan dan dipuji olehnya adalah sumbangan yang diberikan dan organisasi yang banyak membantu ketika musim PKP ini. Warga Malaysia kebanyakkannya sangat bermurah hati dalam menyumbang untuk golongan yang memerlukan seperti barisan hadapan hinggalah ke golongan fakir miskin. Golongan yang secara sukarela menjadi sukarelawan juga dipuji dan teamwork yang dimiliki oleh warga Malaysia dipuji.

Dustin juga memuji Doktor Noor Hisham Abdullah sebagai seorang Doktor yang hebat dan dipilih sebagai salah seorang Top Doctor di seluruh dunia yang menentang coronavirus! That’s incredible!

Selain itu, dia juga memuji kerajaan dalam beberapa perkara contohnya seperti menghasilkan hospital sementara yang dibina dengan mengambil masa 3 hari sahaja. Dia juga memuji bagaimana kerajaan menguruskan golongan gelandangan serta membawa balik warga Malaysia dari luar negara.

Banyak perkara baik yang kita boleh nampak di Malaysia dalam mengendalikan wabak Covid-19 ini. Dari anda semua fokus kepada perkara yang negatif anda boleh lihat apa perkara yang positif anda telah buat sebagai seorang warga Malaysia. Semoga kita sebagai warga Malaysia dapat terus melakukan perkara yang positif dan baik demi kesejahteraan negara.

Foto:www.signaturemarket.co

 

Baca juga:

Sebelum COVID-19, Dunia Pernah Bebas Dari Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa!

“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:YouTube

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna