Masuk Umur 40an Ramai Wanita Alami Krisis Pertengahan Usia. Dah Bersedia Ke?

Ada apa dengan angka? Anda tidak perlu risau sebenarnya dengan usia yang semakin meningkat. Tetapi apa yang anda perlu risau adalah tahap kesihatan agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik walaupun umur masuk ke fasa 40-an.  “

Umur masuk 40an adalah fasa kehidupan yang menggambarkan tentang perubahan tingkah laku dan emosi manusia. Fenomena berkenaan dikenali sebagai krisis pertengahan usia dalam istilah psikologi. Bagi wanita pula, mereka biasanya lebih bersedia kerana mengalami simptom menopause sebagai tanda bermulanya fasa tersebut. Mereka yang gagal melalui tempoh midlife ini akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan emosi. Tetapi ada kajian menyatakan, semua orang tidak akan lari memikirkan masa hadapan dan pasti akan melalui fasa ini dengan sedikit kerisauan, kesedihan  sehingga membawa kepada perkara yang negatif. Perubahan ini boleh berlaku dalam tempoh yang singkat daripada seorang penyabar kepada panas baran, penyayang kepada tidak bertanggungjawab atau ceria kepada pendiam.

Krisis masuk pertengahan umur ini perlu ditangani segera secara berhemah. Setiap orang perlu melalui proses ini dengan bijak dan jangan terlampau mengikut perasaan. Tidak salah untuk meluahkan rasa amarah atau kurang selesa yang anda sendiri tidak tahu dari mana ia datang, tetapi sebagai empunya badan cuba kawal. Jangan disebabkan memasuki fasa umur yang baru, anda kehilangan keluarga, sahabat dan harta benda. Anda tidak perlu musnahkan kehidupan sekarang untuk kembali ke zaman muda remaja. Apa yang perlu dilakukan adalah belajar cara-cara merangsang minda bagi mengembalikan semula perasaan indah sama seperti zaman tersebut.

 

AYUH POSITIF!

  • Kurangkan mengomel tentang sebarang kekurangan pasangan dan banyakkan melihat kelebihan yang ada. Kukuhkan ikatan kekeluargaan dengan meluangkan lebih banyak masa bersama.
  • Kebanyakan individu pada usia ini tidak ramai kawan rapat. Hubungi semula rakan lama di sekolah dan jangan malu untuk beritahu yang anda telah berubah sesuai dengan usia.
  • Kurangkan penglibatan dengan kumpulan berteraskan sosial atau politik. Sertailah aktiviti kumpulan keagamaan setempat seperti masjid dan surau.
  • Senaraikan keutamaan hidup dan keluarkan mana yang tidak penting. Ini akan mengurangkan komitmen masa dan wang anda. Betulkan hala tuju kerjaya dengan meningkatkan kemahiran dan cuba teroka bidang baru seperti kembali ke kolej atau universiti jika berpeluang.

Sumber Foto: 123rf.com

  • Kerap buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Sering berjumpa doktor bukan bermaksud anda mempunyai pelbagai penyakit tetapi ia tanda anda sangat sayang diri anda.
  • Pengambilan makanan seimbang, senaman berkala dan rawatan hormon juga boleh dilakukan untuk membantu melambatkan proses penuaan.
  • Mulakan semula hobi zaman remaja seperti menunggang motosikal, menulis buku, menanam pokok bunga, bermain bola atau menonton wayang. Ini akan mengembalikan semula perasaan gembira pada waktu tersebut.

Sumber Foto: 123rf.com

  • Luangkan masa dengan mereka yang boleh menggembirakan hati. Cari peluang untuk ketawa seperti mengambil gambar aksi sendiri atau menonton komedi.
  • Sentiasa ingat perkara-perkara yang pernah membuat anda gembira seperti saat manis bercinta, kelahiran cahaya mata atau ketika anda menikmati pemandangan indah.
  • Tidurlah secukupnya. Pastikan anda telah pun tidur dengan nyenyak pada pukul 11 malam ke 2 pagi kerana waktu inilah badan anda melakukan proses membaik pulih.

 

Sumber: faizalyusuf.net moeslema.com

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna