Masuk Rumah Jiran, Tikam Budak 5 Tahun!

Terkedu bila terbaca berita mengejutkan dilaporkan wartawan Nor Farhani Che Ad menerusi saluran Harian Metro apabila kanak-kanak kecil yang baru sahaja berusia 5 tahun parah di perut selepas di tikam jirannya sendiri dalam kejadian di Kampung Keda Che Bema, Sungai Petani petang semalam.

Apakah dosa kanak-kanak perempuan malang itu sehingga diperlakukan sebegitu rupa. Tidak dapat dibayangkan juga bagaimana perasaan si ibu apabila melihat di kecil berlumuran darah lemah longlai. Aduh, dunia..sesungguhnya manusia akhir zaman ramai yang hilang pertimbangan.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan suspek berusia 27 tahun itu dikatakan memasuki rumah mangsa sebelum menikam mangsa yang ketika itu berbaring di ruang tamu rumahnya.

Kisah sadis si kecil yang tidak berdosa

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu dapur yang tidak berkunci.

“Suspek dikatakan meluru masuk ke rumah mangsa dan terus menikam perut sebelah kiri mangsa dengan sebilah pisau.

“Suspek melarikan diri ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa selepas mendengar jeritan ibu dan kakak mangsa yang ketika itu turut berada di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan serius akibat kesan tikaman sedalam kira-kira empat sentimeter.

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek di rumahnya serta merampas pisau yang digunakan yang dibuang di kawasan semak di hadapan rumahnya.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan semakan turut mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes pecah rumah,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan, bagaimanapun menurut ibu mangsa, suspek dilihat mengamuk pada malam sebelum hari kejadian akibat pengaruh dadah.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan menerima rawatan di zon merah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya.

Bahaya bukan hanya di luar rumah

Kejadian seperti ini membuka mata ramai pihak apabila ia berlaku ketika kanak-kanak perempuan tersebut berada di dalam rumah. Namun begitu, kesilapan si penjaga apabila pintu dibiarkan tidak berkunci membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berniat tidak elok untuk melakukan jenayah.

Suspek dalam pengaruh dadah dan si ibu dikira sudah pun mengetahuinya, maka langkah-langkah berjaga-jaga harus diperketatkan terutama jika terdapat anak perempuan.

Langkah rawatan awal mangsa ditikam

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :

  • Bertenang atau tenangkan mangsa
  • Cuci luka dengan air yang bersih jika ada
  • Jika objek telah tiada atau tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah tidak keluar atau
  • Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin dengan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain
  • Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan. Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
  • Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
  • Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.

 

Sumber: Hmetro, Myhealth

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna