Masih Terkesan Dengan Bekas Kekasih? Tak Perlu Stres, Ini Yang Patut Anda Lakukan

Donna faham bila berbicara soal hati dan perasan tentang bekas kekasih, pasti membuatkan perasaan anda bercampur baur. Kadangkala sedih, ada juga terasa ingin marah namun semuanya tiada lagi makna. Siapa yang tidak tertekan pada awalnya anda dan si dia yang mencipta kenangan bersama tiba masa bila dah tiada jodoh bekas kekasih anda yang kahwin dulu.

Mungkin anda tidak meletakkan harapan pada si dia untuk kembali seperti dulu tetapi perkahwinannya itu memberi kesan kepada anda. Anda menganggap dengan memutuskan hubungan adalah langkah awal untuk mulakan hidup baru, tetapi anda akan menganggap perkara ni sebagai satu one step ahead berbanding dengan si dia.

Buat apa perlu stres dan tertekan? Relax je, jom ikut langkah ini anda akan rasa lebih baik.

Image result for bekas kekasih kawin lain sedih"

Sumber: loop

Cuba Fahami Emosi Anda

Tak perlu bertindak ikut emosi, nanti anda juga akan rugi. Pertama sekali anda perlu bertenang dan biarkan perkara itu berlalu secara perlahan. Lama-kelamaan anda akan dapat mengubati hati tanpa paksaan.

Elakkan diri daripada mengimbas kembali kenangan dan janji manis dari si dia.

Luahkan Isi Hati Anda, Jangan Pendam

Jangan luah pada bekas kekasih pula, tetapi cuba kongsi apa yang anda rasa pada keluarga atau kawan. Selalunya wanita akan berasa lega dan dapat kurangkan rasa tekanan sebaik sahaja anda meluahkan kepada mereka.

Image result for bekas kekasih kawin lain sedih"

Sumber: majalah

Berhenti Bayangkan Perkahwinannya

Stop scrolling Instagram diaSebaik sahaja anda tahu mengenai berita ini, jangan pernah cuba untuk melihat dirinya dan pasangan bersama kekasih baru. Tiada apa yang anda dapat selain hanya kesedihan!

Abaikan Komen Negatif

Mungkin ada sesetengah yang tidak tahu tentang hal sebenar perpisahan anda dengan bekas kekasih. Perkara-perkara ini secara tidak langsung membuatkan anda berasa lebih tertekan. Anggap sahaja jodoh anda sudah tertulis, begitu juga dengan dia.

Dia adalah bekas kekasih anda, jadi jangan terlalu memikirkannya. Anda berhak untuk berasa bahagia seperti orang lain dan fokus pada kehidupan anda sahaja.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Si Kecil Sakit Kepala, Apa Ibu Bapa Patut Lakukan?

Dont Take For Granted! Penting Ada Persetujuan Setiap Kali Nak Bersama

 

 

 

 

Sumber: baituljannah

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna