Masih Berleluasa! DBKL Angkut Gerai Warga Asing

Isu warga asing sentiasa menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet di media sosial. Lihat sajalah sebelum ini tentang kemasukan Pendatang Tanpa Izin, Rohingya kemudian tentang pembukaan sekolah warga asing dan beberapa hari lalu tentang warga asing juga membuat kenyataan pada media antarabangsa Al-Jazeera bahawa diri mereka dilayan seperti anjing oleh pihak kerajaan.

Namun, kesemua isu ini dapat diatasi dengan tindakan yang sewajarnya malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersuara sendiri menegaskan bahawa kenyataan tersebut bercanggah dengan apa yang dikatakan.

Warga asing dan DBKL…

Belum reda lagi perkara tersebut, timbul lagi isu warga asing yang lain. Hm, apa lagilah masalah warga asing timbulkan ni? Apa yang pasti kali ni masalah warga asing dan DBKL pula.

Menerusi posting Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), masih ada lagi peniaga warga asing membuka gerai kecil di tepi jalan tanpa lesen walaupun sudah diberitahu untuk tidak boleh berniaga.

Antara kawasan serbuan yang dilakukan pada tengah hari semalam adalah sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sita 5 gerai warga asing!

“Dengan kekuatan 11 anggota, tindakan menyita 5 gerai yang dikendalikan oleh peniaga warga asing (Myanmar -pemegang kad UNHCR) telah dilaksanakan. Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 kerana berniaga tanpa lesen,” jelas pihak mereka.

Peralatan dan barangan yang diangkut akan dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras untuk disita. Fuh! Memang habis-habisan kali ni pihak penguatkuasa bertindak.

Harap usaha ini berterusan sehingga tiada seorang pun warga asing tinggal di Malaysia. Kerjasama dari rakyat juga amat diperlukan. Jika sesiapa ternampak masih ada lagi peniaga warga asing terus saja hubungi pihak DBKL di talian 1-800-88-3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

 

 

 

 

 

 

Sumber: bhtv , dbkl

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna