Masalah Yang Selalu Dihadapi Oleh Wanita Mengandung

Aduh! Mengandung ni pinggang pun lenguh- lenguh, nak jalan pergi tandas pun penat!”

Selalunya pasangan yang baru berkahwin, bila menerima berita bahawa sudah berbadan dua, ia adalah saat-saat yang menggembirakan kerana diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sumber: babyology

Tapi, dalam keseronokan menimang cahaya mata, akan terselit rasa perit di mana ibu mengandung perlu menghadapi banyak masalah yang mungkin para ibu mengandung saja yang faham.

Mudah penat

Sumber: internet

Apabila mengandung, anda diibaratkan membawa 9 biji buah kelapa dalam perut. Bayangkan betapa beratnya kandungan perut anda pada waktu itu. Tidak hairanlah, ibu yang mengandung, bila berjalan sikit, mula cari kerusi untuk duduk.

Menerima tip yang merepek

Bila mengandung lebih-lebih lagi mengandungkan anak yang pertama. Mulalah anda akan menerima tip yang tidak masuk akal walhal jika mengikut fahaman sains, ia tidak ada kena mengena langsung pun! Sebagai contoh, jangan makan kicap nanti warna kulit anak gelap. Hurm…

Sumber: videoblocks

Apa pun, anda pemilik badan dan ibu kepada bayi dalam perut haruslah mengambil keputusan yang tepat sebelum mengikut panduan atau tip yang tidak masuk akal!

Sukar untuk ketip kuku kaki

Apabila kandungan anda sudah di peringkat trimester ketiga iaitu 29 minggu ke atas, bayi dalam perut makin membesar sehingga menyukarkan anda untuk tunduk.

Sumber: merdeka

Mulai saat ini sehingga anda melahirkan si manja, anda sangat-sangat memerlukan pasangan anda untuk memotong kuku kaki anda sebelum ia memanjang seperti hantu, ahaks!

Panas

Bila wanita mengandung, mereka akan lebih berasa panas sehinggakan waktu musim sejuk pun mereka mudah merasa peluh.

Sumber: hellosehat

Tidur tidak lena

Waktu tidur, ibu mengandung akan sukar untuk mendapat posisi yang selesa disebabkan bayi di dalam perut semakin membesar.

Tambahan pula, para ibu mengandung akan sering terasa ingin buang air kecil dan ia akan membuatkan tidur mereka tidak lena.

Sumber: giantmommy

Emosi tak stabil

Bila badan anda merasa sakit, pasti anda akan mengalami emosi yang tidak stabil. Misalnya, cepat terasa, mudah melenting, cepat menangis dan juga suka memikirkan bukan-bukan.

Sama juga seperti anda dalam keadaan mengandung, emosi anda tidak menentu. Kadang tu, pasangan anda pimpin tangan anda pun, anda sudah menangis kerana terharu, ahaks!

Sumber: firstcry parenting

Itulah antara-antara masalah yang dihadapi oleh para ibu mengandung. Kepada yang masih lagi belum berpengalaman, bersiap sedialah dan jika anda mempunyai rakan yang mengandung, tolonglah fahami mereka.

 

 

 

Sumber: mumblog

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna