Mari Belajar Cara Membersih & Disinfeksi Dengan Betul

Walaupun kes positif COVID-19 kini menunjukkan pengurangan, namun ini bukanlah tahap di mana kita boleh berhenti daripada melakukan langkah-langkah berjaga. Kita belajar dari penularan wabak ini dengan mengajar masing-masing akan betapa pentingnya untuk kita menjaga kebersihan diri.

Malah bukan kebersihan diri sahaja yang penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat, sebenarnya kebersihan sekeliling juga merupakan satu perkara yang penting. Salah satu tempat yang wajib dijaga kebersihannya adalah tempat tinggal kita.

Untuk cara pembersihan pula haruslah dilakukan dengan betul jika mahu kebersihan yang terjamin. Jika tidak, apa gunanya membuang masa berjam-jam membersih keliling namun caranya salah? Jadi, Mari Donna kongsikan cara-caranya!

via GIPHY

 

Lindungi Diri

Salah satu kesilapan yang sering kita lakukan adalah dengan melakukan kerja-kerja pembersihan tanpa memakai alat pellindungan diri terlebih dahulu. Jangan ingat kita yang membersih tidak terdedah kepada kekotoran, sebenarnya lebih terdedah dari yang dijangka! Donna cadangkan untuk anda memakai beberapa alat pelindung yang boleh diperolehi sebelum memulakan kerja-kerja membersih.

  • Pemakaian Topeng Muka
  • Pemakaian Sarung Tangan Getah/ Plastik
  • Pemakaian Kasut Getah/Boots (Jika Perlu)

Bergantung kepada keadaan dan situasi yang anda mahu membersih ya!

Cecair Disinfeksi

Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan cecair ini dan anda hanya memerlukan beberapa bahan yang diperlukan bagi menghasilkannya. Namun, untuk memudahkan proses, anda boleh sahaja menggunakan sabun atau detergen yang bersesuaian untuk digunakan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan cecair Dettol untuk bertujuan membersihkan kawasan sekeliling. Hanya perlu mengikut arahan dan langkah penghasilannya sahaja.

Senarai Semak Pembersihan

Untuk memastikan anda tidak terlepas beberapa tempat yang penting untuk dibersihkan, Donna bagi senarai ini untuk anda semak sendiri supaya tiada tempat yang terlupa atau ketinggalan. Namun senarai ini hanyalah asas sahaja ya!

  • Lantai
  • Dinding
  • Meja
  • Kursi
  • Almari Pakaian
  • Permadani
  • Tirai Langsir
  • Perabotan rumah
  • Tingkap
  • Tangga

Baiklah itu hanya senarai asas dan tempat- tempat boleh dikira biasa kita bersihkan. Di sini pula senarai tempat yang penting untuk anda bersihan setiap hari kerana tempat-tempat ini adalah bersentuhan setiap hari!

  • Pegangan Tangga
  • Tombol/Pemegang Pintu
  •  Pintu Kereta
  • Kunci Rumah
  • Mangga Kunci Rumah
  • Peralatan Makan
  • Tandas

Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk membersihkan keadaan sekeliling dengan betul dan kerap. Anggaplah menjaga kebersihan diri dan sekeliling ini ibarat menjaga nyawa sendiri. Lalai dan leka, kita pasti menjadi mangsa!

Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk melakukan pembersihan sebegini, sila klik  DI SINI.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna